|
Siri Teladan 07
|
Sunday, May 21, 2006
|
Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangansahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarahmenziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalahSha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik. “Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi(meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya salingkunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatuhari. “Betul begitu?” tanya Auf. “Betul.” jawab Sha’b. Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebihdahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’bdatang mengunjunginya. “Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf. “Benar.” jawab Sha’b. “Bagaimana keadaan dirimu?” “Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.” Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat adatanda hitam di situ. “Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf. “Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dariseseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutangtersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidaksatupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku,semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadapkucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga.Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yangmati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaranyang baik dan pengertian baginya.” Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabatitu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Diamenyedari bahawa semua yang dimimpikannya itumerupakan pelajaran dan peringatan baginya. Padasebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluargaSha’b. “Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengankedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilahsemestinya kita bersaudara. Mengapa anda datangsetelah Sha’b tidak ada di dunia?” Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untukmemberitahukan semua mimpinya malam tadi. KeluargaSha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinyaitu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dariwang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Aufagar dibayarkan kepada si Yahudi. Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskanhutang Sha’b. “Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?”tanya Auf. “Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W.Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluhdinar.” jawab si Yahudi. Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudiberkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengandinarku yang dipinjamnya dulu.” Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah danpesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia. |
posted by ibnurashid @ 5:29 PM
|
|
|
|
|