|
Siri Teladan 09
|
Sunday, May 21, 2006
|
RAHSIA ZIKIR…
Dalam surah al-Ahzab : 35, Allah menceritakan tentang golongan yg mendapat ganjaran yg istimewa drpd Allah s.w.t. Antaranya ialah “ Golongan lelaki dan wanita yg banyak berzikir kpd Allah, Allah janjikan bg mereka keampunan serta ganjaran yg besar ”.
Zikir bukan sahaja didefinisikan sebagai tasbih,tahmid, takbir, selawat mahupun menyebut nama2 Allah malahan ia membawa pengaplikasian yg luas merangkumi Ibadah solat, membaca al-Quran dan seumpanya yg dapat menguatkn dan mendamaikn hati sekaligus dpt membantu individu ke arah kejayaan dan kesempurnaan hidup. Kadar zikir yg paling minimum ialah melaksanakan solat dengan penuh khusyuk dan rendah hati. Berhubung dgn ini, Imam Atha berkata : “ Sesiapa yg melaksanakan solat yg lima dgn melaksanakan hak-haknya, dia tergolong dlm golongan lelaki dan perempuan yg banyak berzikir kpd Allah. Nabi menggelar golongan yg banyak berzikir kpd Allah sebagai al-Mufarridun. Mengikut Imam Muslim, Nabi bersabda : “ Golongan al-Mufarridun akan mendahului”. Sahabat2 bertanya, “ Siapakah mereka yg mufarridun itu ya Rasullullah?”. “ Bersabda Nabi s.a.w : “ Lelaki dan perempuan yg banyak berzikir kpd Allah s.w.t “.
Zikrullah yg terbaik ialah yg dilakukan dgn hati dan lidah. Namun jika hendak dipilih di antara kedua-duanya, zikir dgn hati adalah pilihan ygg lebih baik.
Zikir mendamaikan Jiwa
Zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Sehubungan dengan ini dalam surah al-Rad:28, Allah s.w.t berfirman : “ Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah hati akan menjadi tenang”. Pada suatu ketika, seorang lelaki mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud dan berkata : “ Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yg dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang”. Abdullah ibn Masud menjawab : “ Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama ke tempat orang membaca al_quran tidak kira samada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkn kamu kpd Allah, dan Ketiga, kamu mencari satu waktu yg sunyi contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kpd Allah serta memohon kpd-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrang ini bukannya hatimu”. Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wudhu’ dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran didapati jiwanya berubah menjadi tenang , fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yg selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
Zikir dan sains Kajian2 sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kpd kesihatan manusia. Pada tahun 1967, professor Herbet Benson dari Fakulti Perubatan Harvard mendapati mereka yg bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu jantung mereka berdenyut dengan kadar yg lebih rendah drpd biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dgn jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yg wujud apabila seseorang berada di saat yg amat menenangkan terutamanya ketika hamper terlena. Dr. Herbet Benson berpendapat meditasi mampu meredakan tekanan (stress) dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria. Mengikut satu kajian yg diterbitkan dalam Jurnal Stroke pada tahun 2000, 60 orang rakyat Amareki berbangsa Negro yg menghidap penyakit artreoskeloris (pembuluh darah menebal disebabkan lemak) telah disuruh melakukan meditasi selama enam – sembilan bulan. Kajian mendapati lemak yg menyelimuti pembuluh darah menjadi nipis selepas selesai program meditasi itu.
Kajian yg melibatkan 90 orang pesakit kanser juga telah dilakukan. Mereka bermeditasi selama 7minggu. Kumpulan yg mengamalkan meditasi ini didapati kurang diserang masalah kesugulan, keresahan dan kemarahann berbanding kumpulan yg tidak bermeditasi. Tambahan dari itu mereka yg bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada system penghadaman. Kajian ini diterbitkan dalam majalah Psychosomatic Medicine (2000) Mengikut pengkaji2 dari Maharishi School of Management yg berpusat di Fairfield, Iowa, meditasi mengurangkan tekanan ataupun stress. Hal ini disebabkan oleh kadar hormone stress (Cortisol) amat rendah di kalangan mereka yg suka bermeditasi. Zikir yg dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan seperti meditasi yg melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam zikir yg dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsure-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana zikir yg dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah.Kalimat- kalimat zikir yg disebutkan adalah berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Lebih dari itu mereka berzikir dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.
Justeru, perubahan positif yg dirasai oleh mereka yg bermeditasi tidak mustahil akan dirasai juga oleh mereka yg berzikir dengan khusyuk.
Kesimpulan Ketika mentafsirkan ayat 152 (al-Baqarah) yg bermaksud : “ Zikirlah (untuk mengingati) Aku nescaya Aku ingat kepadamu”. Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim menukilkan pandangan Imam Hasan al-Basri yg berkata : “ (Maksud ayat ini ialah) “ Ingat Aku (Allah) dengan melaksanakan apa yg telah Aku wajibkan nescaya Aku ingat kepadamu dengan apa yg telah Aku janjikan kepadamu”. Maka, zikir boleh dikiaskan seperti satu alat penggilap hati yg amat berkesan. Jika kita berzikir seolah-olah sedang menggilap hati dan diri kita sendiri menuju kecemerlangan. Bandingkan sekiranya ketika menggilap kereta setiap hari…???Pasti kereta itu akan sentiasa berkilat dan bersih ! Justeru, denyutkanlah hati dan lidah kita dengan zikrullah walaupun sekadar mengulang kalimat subhanallah disamping tidak mengabaikan ibadah2 wajib !
* Perbuatan yg sentiasa diulang-ulang selama 40 hari akan bertukar menjadi tabiat seterusnya akan bertukar menjadi amalan yg berterusan.....( Dr. Fadzilah Kamsah)
“ Aku hanya seorang Umat, kemuliaanku kerana Islam…semua ke syurga kecuali dia… ditakuti dialah diriku.... ” |
posted by ibnurashid @ 6:04 PM
|
|
|
|
|