Sila download
Demi Masa
Utamakan Solat

Cetusan Hati
Undi Pandangan

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
< input type=submit value=Undi>  
Terima Kasih Daun Keladi
Sensiviti Muslim
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Halwa Mata
Monday, July 17, 2006
Bismillahirrahmanirrahim....

segala puji tuhan sekalian alam, selawat dalam salam buat Rasulullah s.a.w...
amma ba'du

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Wahai orang-orang beriman betaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam Islam". (al-Imran 102)

"Berkata benarlah walaupun ianya pahit"

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhadmulillah bersyukur tidak terhingga kita panjatkan kepada Allah atas setiap rahmat dan nikmat yang diberikan. semoga setiap lafaz puji kita benar-benar disematkan dalam hati dan dipraktik dengan amal perbuatan kehidupan seharian kita. semoga kita semua terus berada dibawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah serta iman dan islam kita terus kukuh didalam jiwa.

tiada ungkapan lain selain syabas dan tahniah kepada semua warga azhari yang telah bertukus lumus berjuang di dalam medan imtihan baru-baru ini. tidak kira warga azhari yang berada di shoubra,damanhur,tanta, kaherah semuanya bersungguh-sungguh menghafal setiap rangkap matan dan semua madah agar kejayaan yang di harapkan akan tercapai.

setelah usaha yang berganda, doa dan hajat dipanjatkan pada Allah yang Maha Pemurah, maka kini kita semua mesti terus berdoa dan bertawakal kepada Allah agar memberi yang terbaik dalam natijah kita. apa pun kita sebagai hamba hendaklah bersangka baik pada Allah. dalam satu hadis qudsi Allah menyatakan ".... Aku di sisi sangkaan hambaku....."

sahabat-sahabat semua....
sedikit renungan buat kita semua selaku golongan yang telah dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah agama dan harapan umat masa depan. mari kita semua renungkan sedalam mungkin pada diri kita, muhasabah setiap inci diri kita, sejauh manakah kita memahami hakikat kebenaran dan ikhlas dalam amanah yang terpikul di atas pundak kita semua.

perkara pertama kita nilai hubungan kita dan sejauh mana kita benar kepada Allah. sejauh mana kita semua mengamalkan konsep ihsan dalam setiap gerak laku kehidupan kita. apakah tatkala kita bersendirian kita tidak segan silu melakukan maksiat kepada Allah tetapi apabila dikhalayak ramai tunduk tawaduk meyembah bumi. fikirkanlah wahai sahabatku semua.

kedua mari kita muhasabah dalam diri kita sejauh mana kita memikirkan tentang tanggungjawab dan amanah kita pada agama, apakah kita semua pernah fikirkan...tentang satu soalan akan ditanya oleh Allah Rabbul Jalil " apa sumbangan kamu pada Islam? adakah kamu benar-benar ikhlas membantu Islam?

sahabat sekalian...
mungkin secara logik akalnya kita ada jawapannya tapi ingat jika tiada tindakan yang sebenarnya mampukah jawapan itu menjadi saksi pada kita nanti. marilah kita semua bersatu mengemleng seluruh tenaga mencurahkan segala kepakaran yang ada dalam usaha kita semua membantu Islam meyebarkan dakwah islamiyah, melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar dan sebagainya.
kami diperingkat PMRAM telah berusaha sebaik mungkin dalam mencapai tema pada tahun ini iaitu GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN.
Semoga kita semua dapat memahami dan mengerti dengan setiap tanggungjawab pada diri kita.
posted by ibnurashid @ 5:21 AM   0 comments
PERINGATAN PENTING
Sunday, July 16, 2006
Assalamualaikum...

MARI KITA SEMUA BANGKIT DARI LENA DAN BUAIAN MIMPI INDAH SETIAP HARI DI BAWAH SAROTA YANG EMPUK DAN KIPAS YANG BERPUTAR LIGAT....

SEDARKAH KITA BAGAIMANA KEADAAN NASIB SAUDARA-SAUDARA KITA YANG BERADA DI BUMI PALESTIN.....

ISRAEL KIAN MENGGANAS BAGAI SINGA YANG LAPAR ....
HILANG RASA HORMAT PADA INSAN LAIN.....
MEREKA DAHAGAKAN DARAH SETIAP UMAT ISLAM....
MEREKA INGINKAN KEBEBASAN DAN KEMERDEKAAN TANPA MEMIKIRKAN HAK SEBENARNYA....

INGATLAH MEREKA MANUSIA DAN GOLONGAN YANG DILAKNAT ALLAH....
MEREKA MESTI DIMUSNAHKAN....

INGAT.....WAHAI SEMUA UMAT ISLAM.....BANGKIT....

MEREKA TAK MENGHARAP KITA TAMPIL UNTUK BERJUANG KERANA MEREKA TAHU KAKI KITA BEGITU LONGLAI UNTUK MELANGKAH.....TANGAN LEMBIK TAK MAMPU MEMIKUL SENJATA...SEMANGAT HANYA DI HUJUNG SUARA......SIAPA KITA....????

TAPI.....MARILAH KITA SEMUA BANGUN TINGKATKAN TAQARRUB KITA PADA ILLAHI UNTUK MEMOHON DOA SEBANYAK MUNGKIN AGAR ALLAH MEMBANTU MEREKA

TUNAIKAN SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH AGAR MEREKA YAHUDI LAKNATULLAH MUSNAH DAN TEWAS....

YA ALLAH BERIKAN KEMENANGAN PADA SAUDARA KAMI SEMUA DIBUMI PALESTIN

posted by ibnurashid @ 8:16 PM   0 comments
ISRAEL UMUM "PERANG YANG PANJANG KE ATAS PALESTINE"
Wednesday, July 05, 2006
"Rabu , 05/07/2006 - Bilamana Perdana Menteri Palestine Ismail Haniya merayu supaya pejuang Palestine tidak mengapa-apakan askar Zionis yang ditahan, perdana menteri Israel pula mengumumkan “perang yang panjang” terhadap Semenanjung Gaza pada Selasa 4 Julai.

“Ini adalah perang yang panjang….ia memerlukan kesabaran, kadangkala tiada kesudahan,” Olmert dipetik sebagai berkata oleh Reuters.“Kami mesti sedar bila untuk sabar dan bila untuk menyerang.”Israel telah memberi lampu hijau kepada tenteranya untuk menceroboh masuk sehingga ke atas utara Gaza walaupun tidak memberi arahan untuk menyerang, kata suratkhabar Maariv. Ini berlaku selepas tamatnya tempoh hari Selasa yang diberikan oleh kumpulan Palestine yang menahan tentera Israel, untuk pihak Zionis itu bersetuju dengan proses pertukaran tahanan.Israel telah melancarkan serangan pada Rabu 28 Jun dan memusnahkan stesen janakuasa elektrik di Semenanjung Gaza, 3 jambatan utama, paip2 air, sekolah2, universiti2, padang bola, kawasan perkuburan dan pejabat Haniya. Kereta2 kebal dan kereta2 perisai turut memusnahkan pokok2 zaitun, sumber pendapatan utama petani-petani Palestine.

Lebih kurang 5000 tentera dan beberapa kereta kebal Israel telah ditempatkan di sempadan Gaza di dalam misi serangan terbesar Israel sejak berundur dari wilayah kecil pada September lepas yang menamatkan 38 tahun penjajahan.Pencabulan GenevaSementara kereta2 perisai dan tenteranya berkumpul di sempadan utara Semenanjung Gaza, Israel memberikan amaran kepada HAMAS yang “sesuatu yang dahsyat” akan berlaku jika korporal Gilat dicederakan.

“Saya ingin menekankan disini, tiada seorang pun yang akan dikecualikan,” kata Olmert. Menteri dalam negerinya, Roni Bar-On memberitahu radio Israel, “ HAMAS faham benar….sesuatu yang dahsyat akan berlaku jika mereka mencederakan Gilat Shalit.”
Israel memberikan amaran kepada HAMAS yang “sesuatu yang dahsyat” akan berlaku jika korporal Gilat dicederakan. “Saya ingin menekankan disini, tiada seorang pun yang akan dikecualikan,” kata Olmert.


Switzerland, negara tempat persidangan Geneva telah menegaskan bahawa Israel telah melanggar undang2 kemanusiaan dengan melancarkan “collective punishment” ke atas Palestine. “Banyak tindakan tentera israel di Semenjung Gaza yang telah melanggar prinsip2 sejagat….dan ia adalah satu tindakan “collective punishment”, di mana ia adalah tidak dibenarkan,” kata menteri luarnya.Dia menekankan bahawa tiada ragu2 lagi bahawa Israel tidak mengambil langkah2 yang perlu dibawah undang2 antarabangsa untuk melindungi masyarakat awam dan infrastruktur. Kemusnahan stesen janakuasa elektrik yang membekalkan 43% bekalan elektrik kepada Semenanjung Gaza, serangan keatas pejabat perdana menteri dan penahanan ahli2 parlimen yang sah adalah tidak sah, menteri itu menambah lagi.Tentera penjajah zionis telah menculik 1/3 daripada anggota kerajaan Palestine, 24 ahli parlimen dan beberapa ahli perbandaran di dalam serangan waktu malam di kawasan Tebing barat yang dicerobohinya.


Israel mengugut untuk menjatuhkan kerajaan Palestine, ugutan yang di kemukakan olah Yuval Diskin, ketua agensi keselamatan Shin Beth kepada Presiden Mahmoud Abbas. Kerajaan Palestine telah menafikan terlibat dalam operasi itu sambil menasihatkan agar tentera yang sitahan itu dilayan dengan baik.Tiada Jalan KeluarOsama Al-Muzaini, ketua politik HAMAS berkata yang ketiga2 kumpulan telah menarik diri dari rundingan anjuran Mesir itu.

Kumpulan itu mendesak agar 1000 tahanan di penjara Israel ditukar dengan Shalit. Mereka turut memberi amaran bahawa ‘Israel akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di masa hadapan’ jika permintaan untuk pertukaran tahanan itu tidak dipenuhi.Salah satu kumpulan itu, Islamic Army berkata yang tiada lagi berita berkaitan Shalit akan diberikan. Mereka turut memberikan berbeza2 pendapat tentang nasibnya. “Sama ada dia akan dibunuh atau tidak, kami tidak akan memberikan apa2 info….rundingan telah ditutup,” kata jurucakap Islamic Army , Abu Al-Muthana. “Kami tidak membunuh tahanan. Islam mengajar kami supaya melayan tahanan dengan baik.” Dia turut enggan memberitahu sama ada Shalit masih hidup atau tidak.

Muthana turut membandingkan nasib Shalit dengan nasib tentera udara israel Ron Arad, yang hilang di selatan Labenon 20 tahun lalu. Terdapat spekulasi yang mengatakan Arad telah mati. “Mereka mungkin telah membunuhnya, membawanya ke negara lain atau menyembunyikannya. Semua pilihan masih terbuka.

”Note: Sumber: www.IslamOnline.netperterjemah : ummunajda"
posted by ibnurashid @ 10:59 PM   0 comments
MENCARI KEREDHAAN ILLAHI DI TANAH SUCI
Assalamualaikum...

terima kasih abah dan mak.....

buat semua sahabat seperjuangan.....

bersyukur tidak terhingga ana panjatkan pada illahi kerana dengan izin dan rahmatNya ana dapat sampai ke tanah suci kota Mekkah dan Madinah untuk menunaikan umrah...
pada tahun ini...

alhamdulillah segala impian dan harapan telah dapatdilaksanakan
segala hajat dan doa telah kupohon sepenuhnya pada Allah sepanjang berada di bumi barakah itu...

alhamdulillah segala perjalanan dan segala urusan ana disana bersama dengan 8 orang sahabat lagi berjalan dengan baik.. kami semua diberi kesihatan oleh yang maha kuasa untuk menunaikan ibadah umrah.

alhamdulillah semoga segala usaha amal ibadah kami semua diterima oleh Allah....
terasa sedih dan sayu bilamana pulang meninggalkan tanah suci itu...

semoga Allah menerima ana untuk menjadi tetamuNya selepas ini...

aminnnnn yaaa rabbal alamin...
posted by ibnurashid @ 5:45 AM   0 comments
Azharian's Topsite Ukhwah.com :: Top 

Blog BKPJM TOP BLOG
About Me

Name: ibnurashid
Home: Jerantut, Pahang, Malaysia
About Me: anak ke-5 dari 7orang adik beradik...dilahirkan dan dibesarkan pada tanggal 14 feb 1983 di felda sg.retang. mendapat pendidikan bermula dari TADIKA KEMAS, SKSR,SMABKT,MAAHAD SAS,DARUL QURAN JAKIM
See my complete profile
Previous Post
Archives
Islamik Info
Penggerak Ummah
Akhbar
Siasah Tanah Air
Sahabat Penggerak