Sila download
Demi Masa
Utamakan Solat

Cetusan Hati
Undi Pandangan

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
< input type=submit value=Undi>  
Terima Kasih Daun Keladi
Sensiviti Muslim
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Halwa Mata
Sains, Matematik dalam BI: Kajian Unesco tidak dipeduli
Wednesday, November 29, 2006
Sains, Matematik dalam BI: Kajian Unesco tidak dipeduli PDF
Fri | Nov 24, 06 | 12:47:03 PM
Oleh LanH

Pertukaran bahasa bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ketika itu (2003), Dr Mahathir Mohamad, dilaksanakan tanpa sebarang kajian perintis (pilot study) atau perbincangan.

Sehubungan itu, ia dikhuatiri akan menuju kegagalan sekalipun ada pihak mendakwa negarawan yang memperkenalkannya mempunyai prihatin iklas berhubung kemerosotan mutu bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia.

Selepas hampir empat tahun dilaksanakan, rakyat dan pemimpin Malaysia masih kabur mengenainya. Bayangkan di Parlimen baru-baru ini seorang wakil rakyat BN bertanya apakah kemerosotan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan baru-baru ini disebabkan oleh penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Wakil rakyat tidak buat 'homework'

Jelas sekali wakil rakyat ini tidak membuat 'homework'nya. Dia seolah-olah tidak meneliti perkembangan semasa sebelum melontarkan pertanyaannya kepada Menteri Pelajaran atau wakilnya. Dia juga hampir pasti tidak mempunyai anak di sekolah rendah, jika tidak masakan dia bertanyakan soalan itu. Jika dia ada anak di sekolah rendah, dikhuatiri dia tidak mengambil tahu perkembangan anak-anak di sekolah rendah.

Sebenarnya UPSR tahun ini tiada kaitan langsung dengan pelaksanaan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. UPSR tahun ini (dari segi penggunaan bahasa) adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Jadi soalan wakil rakyat BN itu tidak relevan sama sekali.

Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar, yang menjawab soalan itu berkata kemerosotan mutu UPSR tahun ini tidak ada kaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Ini kerana murid Tahun Enam yang mengambil ujian itu masih mengikuti mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu dan bahasa ibunda di sekolah Cina dan Tamil.

Kumpulan murid pertama yang akan menduduki UPSR membabitkan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris kini berada dalam Tahun Empat. Tahun depan (2007) mereka akan berada dalam Tahun Lima dan pada UPSR tahun 2008-lah mereka akan menduduki kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris.

Jika wakil rakyat BN itu membuat 'homework'nya, mungkin dia tidak akan bertanyakan soalan itu. Seorang guru atau bapa yang prihatin tentulah tahu bahawa subjek bahasa Inggeris diperkenalkan pada tahun 2003 kepada murid-murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu.

Jadi kumpulan pertama dari sekolah rendah akan menduduki UPSR dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2008 manakala kumpulan pertama sekolah menengah menduduki PMR dengan subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tahun lalu (2005).

Kumpulan pertama di sekolah menengah itulah yang kini menghempas pula belajar bukan saja subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi juga subjek berkaitan seperti Matematik Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia.

Berdasarkan artikel, surat pembaca dan laporan akhbar, sejumlah orang yang tidak peka tentang perkara ini turut mengulas isu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini. Contohnya pada 24 November, dalam sepucuk surat pembaca dalam Berita Harian dengan tajuk 'Usah pertikai kepentingan bahasa Inggeris', penulisnya antara mencatatkan: "Walaupun penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kini hangat diperkatakan, ia lebih menjurus kepada kemerosotan mata pelajaran berkenaan dan pencapaian murid yang menduduki UPSR tahun ini."

SMI bermula dengan murid Tahun Dua, Tingkatan Dua?

Rencana tulisan Ku Seman Ku Hussain dalam Mingguan Malaysia pada 12 November 2006 dengan tajuk 'Jangan separuh jalan' lebih teruk apabila beliau antara lain menulis: "Dasar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (SMI) diperkenalkan tahun 2003, bermula dengan murid tahun dua bagi sekolah rendah serta tingkatan dua dan enam bagi sekolah menengah dan matrikulasi."

Bagaimana Ku Seman mendapat maklumat ini tidaklah diketahui. Hakikatnya SMI bermula pada tahun 2003 membabitkan murid-murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu. Kalau fakta yang penting ini pun salah, bagaimana Ku Seman dapat berhujah dengan meyakinkan dalam rencananya itu.

Pada 'intro'nya beliau menulis: "Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan dasar pengajaran SMI dikekal seperti dirancang. Eloklah selepas tidak ada pihak yang cuba membangkitkan isu dasar SMI yang pernah dipersetujui sebelum ini.

Persoalannya siapa persetujui perkara ini? Seperti dinyatakan sebelum ini, ia adalah idea perdana menteri yang kini tidak lagi berkuasa. Banyak pihak menentangnya tetapi kebanyakannya tidak disiarkan akhbar berbahasa Melayu. Yang disiarkan ialah persetujuan pak turut dan kaki ampu pemimpin politik Umno, yang kini mulai sedar seperti yang dibuktikan melalui resolusi Umno Johor.

Berbanding rencana dan surat pembaca yang kurang kritis yang disiarkan akhbar berbahasa Melayu, pandangan pembaca bukan Melayu dalam akhbar bahasa Inggeris lebih rasional dan kritis.

Kajian Unesco

Dalam surat kepada pengarang di akhbar the Star, bertarikh 14 November 2006, penulisnya K Arumugam dari Petaling Jaya antara lain menulis: "After three years of implementation, questions are being raised if the language switch has been effective. There are now calls for the move to be reviewed.

"Everyone is free to discuss the issue. But one must comment with honesty and substantiate any argument with some base findings.

"WE ARE TALKING ABOUT OUR CHILDREN AND THE FUTURE GENERATIONS OF OUR COUNTRY. IT IS CERTAINLY NOT AN ARENA FOR POLITICAL MILEAGE AND PATRONAGE.

"Three years is too short to determine the full impact of the switch in primary schools. On the other hand, if we wait to realize the full impact of the move, it may be too late to remedy the situation.

"It will be a sad case of missed opportunities and a costly waste in HUMAN CAPITAL (modal insan?) and material. Unesco's findings include a comprehensive research review carried out for the World Bank in 1997.

"The most important conclusion drawn from this research says: "...when learning is a goal, including that of learning a second language, the child's first language (i.e. his or her mother tongue) should be used as the medium of instruction in the early years of schooling.

"The first language is essential for the initial teaching of reading, and for comprehension of subject matter. It is the necessary foundation for the cognitive development upon which acquisition of the second language is based.

"Unesco quotes from 'Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries (Staff Working Papers, New York, Unicef': "In a situation where the parents are illiterate...if the medium of instruction in school is a language that is not spoken at home the problems of learning in the environment characterized by poverty are compounded, and the chances of drop-out increase correspondingly."

Penulis K Arumugam mengemukakan hujahnya berdasarkan kajian Unesco, tetapi adalah amat malang sekali pemimpin negara dan kuncu-kuncunya termasuk penulis Melayu membuat sesuatu tindakan tanpa sebarang kajian. Selepas itu ia disokong bulat-bulat tanpa sebarang rujukan.

Kementerian Pelajaran melalui Menterinya, Hishammuddin Hussein selepas diasak oleh cendekiawan Melayu dan Umno Johor, berkata dasar SMI mungkin akan dikaji selepas kumpulan pertama pelajar UPSR menduduki peperiksaan itu pada 2008.

Tahun 2008? Ohh, tidak tahulah penulis betapa lambatnya Melayu bertindak. Jika prestasi bagus, dasar akan diteruskan; jika tidak, akan berpatah balik? Ohh, alangkah malangnya Melayu, hasil kajian Unesco sudah ada di depan mata tidak dipedulikan tetapi pemimpin Melayu bertindak berdasarkan rasa syok sendiri.

Kepilan artikel sebelum ini

Kembalikan penggunaan bahasa Melayu dalam Sains, Matematik

Sebagai seorang bapa yang mempunyai beberapa anak di sekolah rendah dan menengah, penulis begitu prihatin dengan prestasi mereka terutama apabila mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003.

Ketika cuti raya baru-baru ini penulis berpeluang berinteraksi dengan sejumlah guru yang terbabit dalam pengajaran subjek berkenaan dan cabangnya seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

Seorang guru Biologi memberitahu daripada tujuh kelas Tingkatan Empat di sekolahnya, hanya sebuah kelas saja yang murid-muridnya berupaya menjawab kertas ujian Biologi dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kelas ini menempatkan pelajar-pelajar terbaik. Enam lagi kelas, pelajarnya tidak dapat menjawab langsung.

Ertinya, yang boleh menjawab hanya 1/7 iaitu kurang 15 peratus. Itu yang boleh menjawab, belum lagi yang 'pass' kertas itu. Demikian betapa buruknya senario yang melanda dunia persekolahan anak-anak masa kini.

Guru tergigil-gigil mengajar

Seorang guru lain memberitahu, seorang guru Matematik sekolahnya tergigil-gigil dan menjadi kaku, tidak dapat berkata apa-apa ketika mengajar apabila menyedari sekumpulan pemerhati daripada jabatan pendidikan negeri sedang memantau kelasnya.

Akibatnya dia terpaksa dikaunseling dan dihantar berkursus untuk 'menajamkan' lagi bahasa Inggerisnya yang lintang pukang. Jika guru tidak mahir dalam bahasa Inggeris, bagaimana dia mahu mengajar anak muridnya dengan berkesan.

Seorang lagi guru memberitahu, kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), memilih menjawab menggunakan bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik.

Ketika ini kertas peperiksaan masih menggunakan dwi-bahasa (Inggeris dan Melayu) sebelum bahasa Melayu 'dihapuskan sepenuhnya' dalam tempoh beberapa tahun lagi. Beliau berkata sekalipun menghadapi masalah istilah dan terma (di sekolah subjek berkenaan diajar dalam bahasa Inggeris), kebanyakan pelajar tidak peduli, mereka 'pakai hentam saja', asalkan boleh jawab soalan menggunakan bahasa Melayu.

Anak-anak Melayu makin ramai menuju ke 'longkang'

Masalah guru dan murid-murid yang 'merana' akibat pembelajaran subjek Sains dan Matematik semakin kronik, tetapi anehnya pegawai dan orang politik terus menghebahkan bahawa rancangan Dr Mahathir Mohamad itu mendapat kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang. Apa yang cemerlang itu tidak tahulah, tetapi yang jelas anak-anak Melayu semakin ramai menuju 'ke longkang'.

Apa tidaknya, kata guru Biologi tadi, apabila murid-murid tidak memahami apa yang diajar, mereka jadi bosan. Mereka tidak ada minat untuk belajar dan bagi menghabiskan masa di sekolah, mereka terbabit dalam gejala kurang sihat seperti menjadi samseng, kaki pukul, kaki buli, mat rempit dan kaki rokok.

Beliau terlalu bimbang anak-anak Melayu sekarang semakin parah. Beliau ketawa apabila diberitahu bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar, mencadangkan pihak sekolah mendenda, menggantung persekolahan atau membuang pelajar-pelajar yang terbabit dalam aktiviti mat rempit.

Katanya, budak-budak sekarang ini lebih suka jika pihak sekolah menggantung atau membuang mereka daripada sekolah. Perkara ini ketara di kalangan pelajar Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas.

Selepas mereka mendaftarkan diri untuk menggambil peperiksaan PMR, SPM atau STPM, mereka masih boleh menduduki peperiksaan berkenaan sebagai calon sekolah sekalipun mereka telah digantung persekolahan.

"Akibatnya," kata guru berkenaan, "pada hari peperiksaan, akan muncullah calon-calon yang berpakaian tidak senonoh, berambut panjang dan penampilan yang teruk, duduk di kerusi sebagai calon."

Katanya, jika tidak digantung pun, ramai pelajar tidak lagi hadir ke sekolah terutama pada penghujung tahun ini. Pelik tetapi benar kerana ada yang sudah bekerja, ada yang 'sekejap ada, sekejap tiada', ada yang jika datang ke sekolah pun hanya menyakitkan hati guru dengan mempamerkan gelagat samseng mereka.

Sementara itu, seorang bapa yang ditanya melahirkan rasa kecewanya, kerana anaknya yang kini bersekolah di sebuah sekolah yang kerap melahirkan bilangan ramai pelajar UPSR yang cemerlang sudah mula tidak terbawa subjek Matematik dan Sains.

Menurutnya, sebelum ini anaknya dalam kelas-kelas persendirian, tuisyen serta latih tubi yang diberikan dapat menjawab soalan-soalan subjek berkenaan dengan cemerlang, tetapi apabila dihadapkan dengan versi alih bahasa, semua soalan berkenaan tidak dapat difahaminya.

"Bukan dia tak tahu nak jawab, cuma bahasa dan istilah yang menjadi penghalang. Guru pula kerap mengajar dalam dalam bahasa Melayu dan pihak sekolah tidak mahu mengadakan sebarang kelas tambahan terutamanya dalam meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris para pelajar.

"Itu kelas pertama, kelas yang diletakkan harapan oleh sekolah, murid-murid yang memang telah dipilih, macamana pula dengan nasib rakan-rakannya di kelas-kelas yang lain,"jelasnya panjang lebar sambil melahirkan kebimbangan dengan situasi yang berlaku.

PM perlu bertindak segera selamat generasi muda

Guru-guru ini berharap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dapat berbuat sesuatu dengan segera bagi menyelamatkan generasi muda, terutama anak-anak Melayu yang hanyut selepas tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah disebabkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.

Kata mereka, jika Abdullah 'berani' menyanggah sesetengah tindakan Mahathir, tidak ada sebab beliau tidak dapat berbuat perkara yang sama mengenai bahasa dalam dunia pendidikan, apatah lagi hampir semua pihak termasuk cendekiawan tidak menyetujui langkah drastik penggunaan bahasa Inggeris yang dipaksakan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Mahathir sebelum melaksanakan rancangan 'syok sendiri'nya itu tidak pun mengarahkan pakar membuat kajian impirikal, cuma berdasarkan pandangannya mengenai kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.

Selain guru, ibu bapa juga berpendapat, Abdullah perlu bertindak segera kerana jika hal ini dibiarkan berlarutan, semakin hanyut dan rugilah anak-anak Melayu. Tidak ada sebab untuk tidak kembali ke pangkal jalan.

Kata mereka, jangan biarkan ego menguasai diri sedangkan anak-anak Melayu semakin tersisih dan tidak mendapat tempat di negara sendiri. Apakah pemimpin Melayu mahu semakin ramai anak-anak Melayu menjadi mat rempit, mat 'fit', mat 'stone' serta kaki buli, kaki botol, kaki ganja dan macam-macam kaki lagi disebabkan mereka tidak berminat dan bosan untuk ke sekolah? tanya mereka.

posted by ibnurashid @ 3:45 AM   0 comments
20 juta pengguna telefon selular di negara ini

Mon | Jul 24, 06 | 05:04:20 PM
Oleh Maslan Yusoh
KUALA KRAI, 24 Julai (Hrkh) - Sehingga kini terdapat lebih 20 juta pengguna telefon selular di negara ini yang menggunakan perkhidmatan disediakan tiga syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Maxis dan Digi.

Pengurus Besar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jailani Johari berkata, biar pun jumlah pengguna telefon bimbit semakin bertambah, namun kawasan liputannya belum memuaskan terutamanya di luar bandar.

"Oleh itu Suruhanjaya Komunikasi mewujudkan program Time 2A dan Time 2B menara komunikasi yang melibatkan pemasangan menara di kawasan tumpuan termasuk lokasi pelancongan, lebuh raya dan kawasan perindustrian.

"Sebanyak 1,314 menara komunikasi perlu didirikan di seluruh negara bagi mencapai matlamat tersebut yang melibatkan kos keseluruhan kira-kira RM3 bilion," katanya pada majlis penyerahan kunci program Time 2A dan Pelancaran Program Time 2B Menara Komunikasi di Batu Mengkebang, baru-baru ini.

Pelancarannya disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama anggota-anggota Exco, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Wan Yahya Wan Salleh, wakil Celcom (M) sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd dan Digi Telecomunication.

Program Time 2A dan Time 2B dilancarkan bagi membolehkan syarikat penyedia perkhidmatan telefon selular berkongsi menara telekomunikasi.

Jailani berkata, Suruhanjaya Komunikasi dengan kerjasama kerajaan negeri melantik sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri bagi membina menara komunikasi.

Di Kelantan Infra Quest Sdn Bhd (IQSB), syarikat anak kepada PKINK diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri bagi mengurus, melaksana dan menyelenggara infrastruktur telekomunikasi bermula 2 Oktober 2003.

Manakala Suruhanjaya Komunikasi memberi lesen 'Network Facilities Provider' kepada IQSB bagi membina menara telekomunikasi untuk mencapai matlamat kerajaan memperluaskan liputan menjelang 2007.

"Sebanyak 47 menara sudah berjaya disiapkan sehingga 83.9 peratus, di mana 10 daripadanya dibina di jajahan Kuala Krai. Usaha ini mendapat kerjasama baik daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di sini.

"Projek pemberian perkhidmatan sejagat ini memberi tumpuan di kawasan luar bandar melibatkan sembilan daerah di Kelantan termasuk Jeli, Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah, Bachok, Gua Musang dan Machang yang membabitkan kos sebanyak RM36 juta," ujarnya.

Wan Yahya sebelum itu berkata, perkhidmatan telefon mudah alih sekarang boleh digunakan hampir di seluruh Kelantan termasuk penoreh yang bekerja di kawasan pedalaman.

Menteri Besar pula berharap orang ramai menggunakan kemudahan telefon mudah alih bagi melakukan sesuatu yang tidak bertentangan dengan agama.

"Jangan pula kita gunakan kemudahan telefon bimbit untuk melakukan kerja jahat termasuk mencuri harta milik orang lain," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif IQSB, Haji Mohd Sabri Abdullah berkata, pembinaan menara telekomunikasi ditumpukan di jajahan Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang bagi membolehkan keseluruhan kawasan di negeri ini mendapat liputan telefon mudah alih.

“Setiap satu menara membabitkan kos kira-kira RM300,000 yang dibina dalam tempoh tiga bulan selepas tapaknya dikenalpasti. Pembinaan 50 menara tersebut membabitkan kos kira-kira RM20 juta.

"Sebanyak 50 lagi menara akan dibina dan dijangka siap akhir tahun ini bagi mencapai matlamat sebagaimana ditetapkan kementerian," katanya.

Pelbagai program menarik diadakan sempena program tersebut termasuk pameran oleh Celcom dan Digi serta pemeriksaan kesihatan percuma dikendalikan Pusat Rawatan An Nisa'. Jamuan tengahari juga disediakan kepada orang ramai.

posted by ibnurashid @ 3:37 AM   0 comments
SEMOGA HATI MENJADI TENANG
Thursday, November 23, 2006

DOA PELEMBUT HATI

Doa pelembut hati ini boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati (melawan dan tidak menurut kata) termasuk diri sendiri, anak-anak atau sesiapa sahaja.

CARA-CARA :

• Untuk diri sendiri ; letak tangan kanan di atas dada iaitu di atas bahagian hati dan baca doa di bawah.

• Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis nafas dan lepaskanlah nafas.

Untuk orang lain ; ketika membaca doa letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang nak didoakan tersebut.

Atau dibacakan pada air untuk diberi minum kepada orang yang nak dilembutkan hati tersebut.

*Tambahan ; untuk lembutkan hati anak-anak, boleh air ini dibuat untuk memasak nasi atau dimasukkan dalam bahan masakan ibu

  1. Baca surah Al-Fatihah ( Bismillah …)

  1. Baca ayat 21 hingga 24 Surah Al-Hashr :-

( لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ ..... hingga)) …. وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْم )

  1. Baca ayat 1 hingga 5 Surah Tohaa :-

( طَه , مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ ......( hingga ) ......عَلَى الْعَرشِ اسْتَوَى )

  1. Doa pelembut hati :

" اَللّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قََََلْبَهُ كَمَا لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيْدَ "

Maksudnya; ( Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana kamu telah melembutkan besi bagi Nabi Daud Alaihissalam )

Yang penting ikhlaskan hati kita dan perbanyakkan doa dalam solat terutama semasa waktu sujud.

posted by ibnurashid @ 4:17 PM   0 comments
AL-QURAN ITU.......
Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain

Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu
Jangan...
Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca

Kenapa tak baca?
Tak sempat
Busy
Tak faham
Tak reti
Malas

2.
dapat surat dari pejabat tanah
dalam bahasa melayu
kamu boleh baca
dapat surat lawyer
dalam bahasa inggeris
kamu boleh baca
dapat surat daripada Allah
dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca

apa nak jadi?
Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini "

posted by ibnurashid @ 4:16 AM   0 comments
APAKAH KITA HANYA MAMPU MELIHAT???
Malulah kita hanya memandang sahaja !!
Posted on Monday, October 16 @ 16:06:20 MYT by admin
Analisis gunxx writes "

Jenazah Iman Harazeen, 8 tahun di bawa ke bandar Gaza pada 13/10/2006, Jumaat utk dikebumikan. Iman dan ayahnya syahid dalam serangan rejim Zionis di bandar Gaza pada petang Khamis lalu.

Satu lagi mangsa serangan rejim Zionis pada Khamis lalu di pinggiran Shujaia , bandar Gaza yang mengorbankan ramai kanak2.

Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk
penterjemah : gunx
"

posted by ibnurashid @ 4:13 AM   0 comments
UCAPAN SELAMAT
Wednesday, November 08, 2006
Salam kemaafan di bulan yang mulia ini ....

kepada sekalian musliin dan muslimat
semoga bergembira di hari raya pada tahun ini.

selamat hari raya maaf zahir dan batin
dari perlembahan nil
posted by ibnurashid @ 1:51 AM   0 comments
Azharian's Topsite Ukhwah.com :: Top 

Blog BKPJM TOP BLOG
About Me

Name: ibnurashid
Home: Jerantut, Pahang, Malaysia
About Me: anak ke-5 dari 7orang adik beradik...dilahirkan dan dibesarkan pada tanggal 14 feb 1983 di felda sg.retang. mendapat pendidikan bermula dari TADIKA KEMAS, SKSR,SMABKT,MAAHAD SAS,DARUL QURAN JAKIM
See my complete profile
Previous Post
Archives
Islamik Info
Penggerak Ummah
Akhbar
Siasah Tanah Air
Sahabat Penggerak