Sila download
Demi Masa
Utamakan Solat

Cetusan Hati
Undi Pandangan

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
< input type=submit value=Undi>  
Terima Kasih Daun Keladi
Sensiviti Muslim
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Halwa Mata
PETUA UNTUK SEMUA
Monday, April 30, 2007

CAMPURAN AIR MADU DAN AIR SEJUK

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.
Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)

2. Mencuci perut

3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna
dan menolaknya ke usus besar

4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu

5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"


Hadis bermaksud,
baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabi (rendaman buah tamar).

Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut

" Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai hasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan


2. Bacalah " Bismillah"

3. Minum dengan tiga nafas

4. Minum dalam keadaan duduk

5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah

7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri

8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit

9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.]

posted by ibnurashid @ 6:36 PM   0 comments
PERINGATAN UNTUK DIRI YANG LEMAH



Perkara Yang Akan Membuatkan Kita Susah (Renungan)

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau
secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang
mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.


Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi
abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang
mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN


Dari Hatim Al-Asom :


"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat" , maka
ia termasuk sunnah Rasulullah SAW


1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.

2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.

3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.

4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.

5) Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.


LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI


"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :


1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.

2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.

3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.

4) Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.

5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk
tinggal didalamnya."


HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA


Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini,
melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :


1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.


7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa! hidupnya telah melakukan perkara syirik
kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak
menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat
mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu! yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina,
mengkritik dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk
dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Wallahua'lam
posted by ibnurashid @ 7:26 AM   0 comments
DAULAT TUANKU
Friday, April 27, 2007

KUALA LUMPUR 26 April – Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, 45, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 dalam upacara penuh adat istiadat Raja Melayu di Balairung Seri, Istana Negara di sini hari ini.

Sebaik sahaja Seri Paduka melafazkan ikrar sebagai Ketua Negara, semua yang hadir berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” tiga kali diketuai oleh Datuk Maharaja Lela Tengku Farouk Tengku Jalil.

Dalam ikrar yang ditulis jawi di atas kulit kambing, Seri Paduka berjanji akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara, serta memelihara agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara.

Selepas Seri Paduka selesai melafazkan warkah ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong, nafiri ditiup, dan lagu nobat Raja Bertabal dimainkan oleh Kumpulan Nobat Diraja Terengganu.

Ini diikuti dengan tembakan meriam 21 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja, dan disusuli dengan lagu Negaraku yang dimainkan oleh pancaragam Kor Armor Diraja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum itu membaca surat perisytiharan pertabalan, yang juga ditulis jawi di atas kulit kambing.

Ini diikuti dengan Datuk Paduka Maharaja Lela menyembahkan keris kerajaan atau Keris Panjang Diraja, iaitu alat kebesaran negara yang utama, tanda kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka.

Seri Paduka mengucup keris itu sebelum meletakkannya di meja sebelah kiri baginda, sebelum melafazkan ikrar.

Istiadat itu yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan Astro turut dirakamkan oleh National Geographic dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi penerbitan dokumentari mengenai Kesultanan Melayu. Dokumentari yang menunjukkan keunikan institusi diraja Malaysia itu akan disiarkan ke seluruh dunia.

Raja-raja Melayu yang terdiri daripada Sultan Kedah yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Pahang, Sultan Perak dan Sultan Selangor turut berangkat ke majlis yang gilang-gemilang itu.

Johor diwakili oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, Perlis oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzudin, Kelantan diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra manakala Brunei diwakili oleh Putera Mahkota, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

Turut hadir ialah Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, menteri-menteri Kabinet, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri, kerabat diraja Terengganu termasuk nenda Seri Paduka, Tengku Ampuan Intan Zaharah iaitu Raja Permaisuri Agong yang keempat dan bonda Seri Paduka, Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Al-Sogoff serta Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail, putera sulung Tuanku Mizan.

Wakil-wakil negara asing serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negara juga hadir pada istiadat pertabalan itu.

Istiadat pertabalan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira 11.10 pagi dengan keberangkatan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke Balairung Seri dengan iringan tiupan nafiri dan paluan nobat lagu Raja Berangkat.

Keberangkatan Seri Paduka berdua didahului Datuk Maharaja Lela dan panglima-panglima membawa Cogan Alam dan Cogan Agama, iaitu tongkat-tongkat perak merupakan sebahagian alat kebesaran diraja yang menjadi lambang kebesaran kerajaan Malaysia.

Tuanku Mizan berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu muskat (seperti kot hitam labuh) yang bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dengan bertengkolok ‘Dendam Tak Sudah’ serta memakai Pending Diraja diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga.

Di pinggang Seri Paduka tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas.

Tuanku Nur Zahirah pula memakai perhiasan Raja Permaisuri Agong iaitu Gendik Diraja, pakaian ulu (kepala) dan Kalung Diraja, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih bertatah berlian.

Istiadat pertabalan dimulakan dengan naskhah al-Quran dibawa masuk oleh Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Wan Safiain Wan Hasan yang juga Datuk Pengelola Bijaya Diraja bersama-sama Keris Kerajaan, surat perisytiharan dan watikah ikrar.

Alat-alat kebesaran istiadat pertabalan itu dibawa masuk oleh pegawai-pegawai Istana Negara, diketuai oleh Tengku Farouk serta Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul Rahman Mohd dengan iringan paluan nobat lagu Palu-Palu Melayu.

Naskhah al-Quran yang melambangkan kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara dipersembahkan kepada Seri Paduka oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, dan dikucup oleh Seri Paduka sebelum ia diletakkan di atas rehal di meja sebelah kiri baginda.

Ini diikuti perisytiharan oleh Abdullah dan lafaz ikrar Yang di-Pertuan Agong, serta diikuti dengan Perdana Menteri menyampaikan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kerajaan dan rakyat sebelum diikuti dengan titah Tuanku Mizan.

– Bernama


posted by ibnurashid @ 8:40 PM   0 comments
MENCARI KETENANGAN...
Wednesday, April 25, 2007

mencari erti ketenangan dalam hidup ini bukan senang....
kadang-kadang hati tapi kadang kala hati ini mencari-cari ketenangan...
imtihan dan dekat...membaca sikitnya... semua subjek kena hafal 100%
nak kata tertekan tak juga..tapi hati tetap tak tenang...
susah juga nak dapat nikmat ketenangan ni...
buka kitab...nampak dan fikir perkara lain...memendam rasa biar je laa sebab kalau luah pun memang takde jalan lagi...
kerana ketenangan itu Allah yang beri....
mungkin kerana hati ini jadi dari-NYA...
pagi, petang siang malam terus berlalu, tapi hati tetap buntu mencari jalan ketenangan... abaikan segala masalah hidup tak boleh juga... sebab fitrah manusia biasa seperti ini sukar kiranya...semoga Allah campakkan ketenangan pada hati..

mari kita semua sucikan hati demi mencari dan mendapat ketenangan hakiki dan redha dari Illahi...

-BANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN...
-BANYAKKAN ZIKIR MENYEBUT DAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH
-BANYAKKAN SOLAT KERANA DI SANA ADA KETENANGAN
posted by ibnurashid @ 10:58 AM   0 comments
CHEK KESIHATAN ANDA......
Tuesday, April 24, 2007

INI PUNCA SAKIT ANDA...MAKAN MACAM-MACAM

x sure lah betul ke tak tp kalau ya bagus gak ...so we can gain the knowledge


Subject: Tanda2 dan penyakit


1. MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv)
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v)
Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2.
HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selsema
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sebu
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iv) Batuk

a
. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar
.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3.
KERONGKONG
i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------

4. BIBIR . Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah Perut mengandungi banyak bahan toksin.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

5.
MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

B.
KULIT 1. PELUH
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
4. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

5.
RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI 1. SENDI SAKIT
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
2. KEBAS TANGAN. Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN. Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
4. KEBAS KAKI. Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
5. SAKIT TAPAK KAKI. Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
6. SAKIT TUMIT KAKI. Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI. Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

2. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA . Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

4. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

5
. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

B. MULUT/KERONGKONG
1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
2. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

C. KENCING
1. KENCING KERAP : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
2. AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
3. AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
5. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

D. BUANG AIR BESAR 1. CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
2. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
3. NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
4. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

E. TINDAK BALAS BADAN
1. BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
3. BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
4. BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

F
. TINDAK BALAS EMOSI 1. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
3. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang lemah.

NAK SEMBUH.... NABI KITA DAH PESAN " ADA DUA PENYEMBUH IAITU AL-QURAN DAN MADU.

DAPATKAN MADU HABBAH (PMRAM)....KINI DIPASARAN.... LE15.00







posted by ibnurashid @ 9:56 AM   0 comments
HUKUM ISLAM ADALAH YANG HAK
Monday, April 23, 2007

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor
(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya." (Surah al-Ma`idah: 90)

Dalam qanun jinayah Syar`iyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau
sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan
hukuman sebat tidak lebih dari 80x sebat dan tidak kurang dari 40x sebat, hukuman ini
adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib
r.a. yang bermaksud :

"Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman sebat bagi peminum arak sebanyak 40x
sebat, manakala Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40x sebat juga, dan pada
zaman pemerintah khalifah Umar peminum arak disebat sebanyak 80x sebat. Kesemuanya
adalah sunnah Rasulullah s.a.w.. Tetapi yang dibuat oleh Saidina Umar tadi lebih aku
sukai." (HR Muslim)

Sebat atasi ketagih arak


MOSCOW: Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak.

Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.

Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan.

Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.

Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.

Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu. – Agensi

Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana.

Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.

“Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula
yang meminta ia lakukan,” katanya.

Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga £57 (RM 342) , bagi sesuatu rawatan biasa. – Agensi



posted by ibnurashid @ 12:00 PM   0 comments
JADILAH MUSLIMAH SEJATI


SEMALU PUN TAU MALU, INIKAN PULAK PEREMPUAN......

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
posted by ibnurashid @ 10:49 AM   2 comments
SEMOGA KITA SELAMAT DARI FITNAH DUNIA
Sunday, April 22, 2007

sabda nabi s.a.w :

........"Jibril
: Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Jibril : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi....."




posted by ibnurashid @ 8:57 PM   0 comments
JANGAN KITA LUPA
Saturday, April 21, 2007
posted by ibnurashid @ 6:59 AM   0 comments
MARI MAKAN KURMA
Friday, April 20, 2007



FAKTA MENARIK TENTANG KURMA

1. KESIHATAN

a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.


c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam bandannya".

2. KECERDASAN & KECERGASAN

a.Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : "Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi " pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."





BUAH KURMA MAMPU CERDASKAN OTAK

Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."



"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis."

"Kurma boleh dijadikan makanan yang membantu mencegah penyakit kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.

Katanya, buah kurma mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama.

Prof Asiah berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsangkan kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Katanya, kanak-kanak digalakkan memakan banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

"Selain berbuka puasa, kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka'" katanya. - Berita Harian, Selasa 20 Febuari 2001

posted by ibnurashid @ 7:57 PM   0 comments
JADUAL IMTIHAN SYAHADAH TAHUN TIGA
Thursday, April 19, 2007
JADUAL PEPERIKSAAN BERTULIS
TAHUN TIGA TAKHASSUS
Sesi 1427 / 1428 H bersamaan 2006 / 2007

Hari Selasa 5/6/2007
Tarikh Mashaf (9.00 am - 10.30 am)

Hari Rabu 6/6/2007
Al-Quran Bertulis (9.00 am - 11.00 am)

Hari Khamis 7/6/2007
Dabt Al-Quran (9.00 am - 10.30 am)

Hari Sabtu 9/6/2007
Qiraat Ilmi (9.00 am - 11.30 am)

Hari Selasa 12/6/2007
Fawasil (9.00 am - 10.30 am)

Hari Khamis 14/6/2007
Ulum Al-Quran (9.00 am - 11.00 am)

Hari Isnin 18/6/2007
Tarajim Al-Qurra' (9.00 am - 10.30 am)

* Peperiksaan Syafawi berlangsung semasa tempoh peperiksaan bertulis (tahriri).

Semoga kejayaan milik bersama...
posted by ibnurashid @ 8:41 PM  
MAKLUMAT UNTUK SEMUA......
Tuesday, April 17, 2007

Simpan no. siri hp anda - penting!!

this is not a gimmick...try it

Ini adalah sesuatu yang bernilai untuk diketahui. Untuk mengetahui nombor siri handset, sila dail: star hash zero six hash (*#06#). Lima belas digit no. akan muncul di skrin handset anda. Catat no. ini dan simpan. Apabila handset anda di curi, telefon kepada telco anda dan beri no. ini. Dengan adanya nombor ini, mereka boleh blok handset anda jadi walaupun pencuri tersebut tukar kad SIM, handset itu tidak boleh digunakan langsung. Jadi dia tak dapatlah nak pakai sendiri atau menjualkannya. Jika semua orang lakukan ini, tiada sebab untuk pencuri mencuri handset lagi. Hantarkan ini kepada kawan anda yang mempunyai handset dan marilah kita bersama-sama membuatkan pencuri handset tukar kejer lain.
posted by ibnurashid @ 10:46 PM   0 comments
SIRI KISAH TELADAN 3

Buat renungan bersama : Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal
Attartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau
sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang
pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau
rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah
dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan
Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-
tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab
kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana
tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal
tartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang
diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada
beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung
seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.


Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-
pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.
Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga
seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan,
mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke
tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan
merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september
1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan
sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang
pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan
beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya.Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi
balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila
mayatnya hendak ditanam,
tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah
tidak
menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan
ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar)
selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha
Agung, bumi sekali lagitak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya
dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya
44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang
menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini
tidak menerima Kamal Atartuk!"


Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri
orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt.
Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu
sendiri.

posted by ibnurashid @ 10:44 PM   0 comments
SIRI KISAH TELADAN 2
Monday, April 16, 2007
RAHMAT DAN KEAMPUNAN ALLAH

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
posted by ibnurashid @ 8:29 PM   0 comments
SIRI KISAH TELADAN 1
AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
posted by ibnurashid @ 8:15 PM   0 comments
SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA
Friday, April 13, 2007

IMTIHAN DAN NILAI SEGULUNG SYAHADAH

Masa terus berlalu

Jarum saat tak pernah berhenti dan berpatah kembali

Namun apakah kita semua sedar dan tahu hakikat hidup ini

Jika menghitung saat dan waktu maka mungkin kita masih mampu tersenyum

Aaahhhh…..lambat lagi masih banyak waktu ada

Tapi jika dihitung waktu yang dimanfaatkan mungkin kita akan mengeluh….

Aduh setiap hari 24 jam berlalu begitu sahaja

Jadual Imtihan sudah terpampang…

Menghitung hari hanya tinggal 53 hari sahaja lagi

Al-quran 30 juzu’ belum diulang selayaknya…

Tapi mungkin hati kecil berkata takpe quran ni syafaat… biasanya mumtahin tolong

Tapi apakah itu ukuran kita ….nilai SYAHADAH itu?

Al-quran itu kalamullah…ia amanah kita,

Tengok pula madah kedua qiraat… peh…gelang kepala laa

Sebab matan ada 534 tapi mungkin masih tersenyum

Kerana takpe hafal awal 10 bait awal je dah cukup…

Tapi adakah itu nilai segulung SYAHADAH yang menjadi bukti kita belajar

Untuk hafal ingat quran dan matan rasanya macam tak cukup dengan 53 hari

Tambah lagi bila lihat ada 6 madah yang kena hadam

ULUM QURAN, FAWASIL, DHOBTUL QURAN,

TARIKH QURA’ TARIKH MUSHAF, QIRAAT SYAZAH

INILAH

Ujian yang kita semua akan hadapi

Adakah memadai dengan segulung SYAHADAH….?

Ingat mari kita semua betul kan niat kerana Allah

Sucikan hati kita untuk mengecapi hakikat sebuah KEJAYAAN

USAHA + DOA + TAWAKAL

MOGA KITA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN YANG HAKIKI

SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA SAHABAT TAHUN TIGA

MAAHAD QIRAAT SHOUBRA

posted by ibnurashid @ 9:20 PM   0 comments
Azharian's Topsite Ukhwah.com :: Top 

Blog BKPJM TOP BLOG
About Me

Name: ibnurashid
Home: Jerantut, Pahang, Malaysia
About Me: anak ke-5 dari 7orang adik beradik...dilahirkan dan dibesarkan pada tanggal 14 feb 1983 di felda sg.retang. mendapat pendidikan bermula dari TADIKA KEMAS, SKSR,SMABKT,MAAHAD SAS,DARUL QURAN JAKIM
See my complete profile
Previous Post
Archives
Islamik Info
Penggerak Ummah
Akhbar
Siasah Tanah Air
Sahabat Penggerak