Sila download
Demi Masa
Utamakan Solat

Cetusan Hati
Undi Pandangan

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
< input type=submit value=Undi>  
Terima Kasih Daun Keladi
Sensiviti Muslim
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Halwa Mata
DUIT....OOO.HHH....DUIT...
Monday, June 25, 2007

DUIT…OOOHHHH…..DUIT…..

DUIT..DUIT.. Di mana kau DUIT?Siapa x suke DUIT?
Siapa xde DUIT?
Siapa nak DUIT?
Pernahkah kita risau tanpa DUIT?
Ada DUIT semua boleh jalan..
Jadi adakah benar jika dikatakan "DUIT adalah
segala2nya & segala2nya adalah DUIT? Mungkin ada yg
berstuju dgn kenyataan trsbut kerana dia BERMATA DUIT,
salahkah jika seseorang itu BERMATA DUIT?Dengan DUIT
manusia dpt membina kekayaan & kebahagiaan, dgn DUIT
manusia mencapai kejayaan, dgn DUIT manusia mencapai
kedudukan, dgn DUIT manusia dekat dgn PENCIPTANYA, dgn
DUIT manusia knal erti bersyukur dgn apa yg ada, jika
dilihat jatuh bangunnya manusia bergantung kpd DUIT,
banyak DUIT yg dikumpulkan makin bertambahlah segala
nikmat yg bakal diperolehi. Cubalah kalian saksikan
wahai saudara & saudariku, bagaimana kehidupan mereka
yg tidak mempunyai DUIT, hidup melarat tanpa pedoman,
meminta2 kpd yg sudi, menagih simpati, hidup bagaikan
binatang, cuba kita bandingkan kehidupan mereka yg
mempunyai DUIT yg bnyk, hasil usha dan titik peluh
mereka, kehidupan mereka ternyata bahagia, aman & makmur.

Mereka dpt apa yg diinginkan & apa yg diimpikan, mampu
membina kecemerlangan dgn adanya DUIT di sisi mereka.
Keyakinan mereka terhadap DUIT begitu tinggi, kerana
bagi mereka DUIT adalah segala2nya & segala2nya adalah
DUIT, seolah2 DUIT bagaikan elemen penting yg tak dpt
dipisahkan, laksana aur & tebing, isi & kuku, irama &
lagu, DUIT tlh sebati dgn kehidupan mereka, sikit2
DUIT, nak buat ni DUIT, nak buat tu DUIT, ke kanan &
kiri DUIT, ke atas & bawah pun DUIT.
DUIT..DUIT.. DUIT..
Kebergantungan yg terlalu hebat kpd DUIT lah yg
membuatkan mereka mampu menempuh ribut & badai yg dtg melanda.

Sememangnya tidak dinafikan kita semua perlukan DUIT,
jgn nk klentong la boleh hidup tanpa DUIT, Tapi
sebanyak mane DUIT yg kita perlukan? Jwpn2nya sudah
pasti sebanyak mungkin, hingga tak mampu kita hitung
DUIT yg telah dikumpulkan. Selagi mana mampu dihitung,
selagi itulah kita dpt rasakan DUIT kita terlalu
sedikit.
Pada hakikatnya sedari kecil kita diajar bermain dgn
DUIT, namun adakah kita menyedarinya? Mungkin tidak,
kerana waktu itu kita bergelar "budak ingusan" mana
tau ape2, btul x? Tetapi setelah dewasa bru kita
terfikir, memang sewaktu kecil kita tlh diajar secara
x langsung utk bermain dgn DUIT, samada diajar oleh
ibu bapa di rumah, guru di sekolah, serta rakan2
sebaya di sekeliling kita. DUIT mempunyai rahsia &
keagungannya yg trsendiri, tiada tandingan, kalah
minyak angin cap kapak..
Pada DUIT tiada sebarang keburukan, selagimana ia
dijaga dgn rapi, menjaganya tidak perlu di simpan di
bank & di bawah bantal busuk, di mana2 sahaja anda
boleh menjaganya, tidak mengira tempat, waktu & keadaan.

Namun apa yg menghairankan, manusia kini tidak dpt
menilai betapa agungnya DUIT, betapa hebatnya DUIT,
DUIT makin dilupakan, disimpan dlm peti besi, almari
baju, laci2,dlm BSN KKB, hanya digunakan ketika
ditimpa musibah, malapetaka, bencana alam & ketika nak
exam, waktu itulah betapa mereka menyedari peri
pentingnya KUASA yg ada pada DUIT, mereka mula
menginsafi dan menyedari hakikat bahawasanya
penggunaan DUIT ini tak lapuk dek hujan dan tak karat
dek panas, setiap waktu boleh gune punye maa, tiada
expired date, melainkan manusia itu telah menemui AJAL
& SAAT KEMATIANNYA. Namun penyesalan tiada gunanya dan
jadiknlh ia satu pengajaran supaya selepas ini
gunakanlh DUIT semaksima yg mungkin sementara NYAWA
blum dicabut. Jaganlh rasa membazir & kedekut bila
menggunakan DUIT, DUIT anugerah pemberian Allah kpd hambanya..

Pesanan buat diriku & ikhwah serta akhawatku..
Kumpullah DUIT,
perbanyakkanlh DUIT,
gunakan DUIT dgn seboros2nya jangan sayang2,
ingatlah ikhwah & akhawatku,
dgn DUIT, ISLAM terpatri di tempatnya,
dgn DUIT, maruah UMAT ISLAM terbela,
dgn DUIT, musuh2 ISLAM akan terhina & pasti menerima
hukumannya,
dgn DUIT, UMAT ISLAM cemerlang & berjaya,
dgn DUIT, NEGARA ISLAM akan terbina,
dgn DUIT, HAMBA bertemu dgn PENCIPTANYA,
dgn DUIT, manusia dibuai oleh BIDADARI SYURGA,
dgn DUIT, kita dihalang masuk ke NERAKA,
ingatlah ikhwah & akhawatku,
dengan Doa, Usha, Istiqamah, Tawakal, kusimpulkn dlm
"DUIT", SEGALA2NYA AKAN TERLAKSANA.

posted by ibnurashid @ 11:28 AM   0 comments
UNTUK SEMUA
Thursday, June 21, 2007

DO'A UNTUK PEJUANG ISLAM!!

" Wahai Tuhan, Ku letakkan Kamu di batang leher musuh kami,Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka, Wahai Tuhan, Leburkan kumpulan mereka,kacaubilaukan persatuan mereka, ceraiberaikan pakatan mereka, Goncanglah pendirian mereka,Biarkan anjing-anjing Kamu terkam keatas mereka,Wahai Tuhan yang gagah perkasa, Wahai Tuhan yang bersifat murka, Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan kitab Al-Quran, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab, Tolong kalahkan mereka itu dan tolonglah kami menentang mereka itu. "

"AKU BERPESAN KEPADAMU, HENDAKLAH TAKUT KEPADA ALLAH TENTANG URUSAN MANUSIA, TETAPI JANGANLAH TAKUT KEPADA MANUSIA TENTANG URUSAN ALLAH"

-NASIHAT KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB ( R.A )

Firman Allah SWT maksudnya:

" Ikutilah kamu(wahai orang-orang yang beriman) apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikit kamu mengambil pelajaran."

(Qur'an: Yunus: 109)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

" Aku telah tinggalkan untuk kamu yang mana kamu tidak akan sesat selepasnya selagi kamu berpegang dengannya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya."

(Sahih Muslim Jilid 2 ms 890, Abu Daud Jilid 2 ms 462, Ibnu Majah Jilid 2 ms 1205)

posted by ibnurashid @ 7:27 AM   0 comments
USAHA+DOA+TAWAKAL
Tuesday, June 19, 2007
Ucapan syukur kehadrat Illahi kerana setelah dua minggu aku berjuang untuk melunaskan sedikit ujian dlm hidup ini...
tiada ucapan selayaknya melainkan Alhamdulillah kerana aku telah tamat menempuh IMTIHAN SYAHADAH TAKHASSUS QIRAAT. sekarang hanya tunggu berdoa untuk menanti apakah natijah dari imithan yang dihadapi.
semoga ada keberkatan dalam ilmu yang ku pelajari....

SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN...

P/S: TINGKATKAN USAHA UNTUK I'ADAH QURAN...
posted by ibnurashid @ 7:55 PM   0 comments
Azharian's Topsite Ukhwah.com :: Top 

Blog BKPJM TOP BLOG
About Me

Name: ibnurashid
Home: Jerantut, Pahang, Malaysia
About Me: anak ke-5 dari 7orang adik beradik...dilahirkan dan dibesarkan pada tanggal 14 feb 1983 di felda sg.retang. mendapat pendidikan bermula dari TADIKA KEMAS, SKSR,SMABKT,MAAHAD SAS,DARUL QURAN JAKIM
See my complete profile
Previous Post
Archives
Islamik Info
Penggerak Ummah
Akhbar
Siasah Tanah Air
Sahabat Penggerak