Sila download
Demi Masa
Utamakan Solat

Cetusan Hati
Undi Pandangan

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
< input type=submit value=Undi>  
Terima Kasih Daun Keladi
Sensiviti Muslim
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Halwa Mata
Saturday, December 22, 2007

DULU AKU DIBERIKAN NIKMAT KEKUATAN DAN KESIHATAN.....
TAPI KINI AKU DI UJI...
MUDAH-MUDAHAN IA SEBAGAI KAFARAH DOSA2KU YANG LALU....
SEMOGA AKU KEMBALI SIHAT DAN DIBERI KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN HIDUP INI YANG MASIH JAUH DAN BELUM SELESAI...

BUAT YANG MENGENALI....
AKU MOHON DOAKAN DIRI INI KEMBALI SIHAT...

YA ALLAH KAULAH MAHA PENYEMBUH.......
posted by ibnurashid @ 3:12 AM   1 comments
MENGHAYATI PENGORBANAN IBADAH HAJI
Tuesday, December 18, 2007

Allah berfirman maksudnya

196. dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam Yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu Yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. kemudian apabila kamu berada kembali Dalam keadaan aman, maka sesiapa Yang mahu menikmati kemudahan Dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) Ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam Yang mudah didapati. kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari Dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. hukum ini ialah bagi orang Yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjid Al-Haraam (Makkah). dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang Yang melanggar perintahNya).

(Al-baqarah ayat 196)

Seluruh Umat Islam telah difardhukan ibadah haji iaitu rukun islam kelima pada tahun ke lapan hijrah dan baginda Rasulullah s.a.w telah melakukan ibadah haji pertama pada tahun ke sepuluh hijrah. Dalam rentetan pelaksanaan ibadah haji ini kita dapat lihat bagaimana ia menjadi satu medan tarbiyah dan pelaksaan pengorbanan yang tinggi terhadap Allah s.w.t

Saban tahun tanah suci makkah dan madinah menjadi tumpuan jutaan manusia untuk berhimpun melaksanakan satu kefarduan dan satu pengabdian yang hakiki terhadap Allah s.w.t

Menunaikan ibadah haji adalah sebuah undangan Allah kepada setiap umat Islam di mana pun mereka berada untuk datang ke Rumah Allah.

Allah tidak pernah pilih kasih terhadap hamba-Nya. Karena siapa pun yang datang memenuhi panggilan-Nya akan disambut dengan penghormatan yang tiada taranya. Siapa yang tidak tergiur dengan penghormatan dari Allah?

Ibadah haji adalah sebuah pengorbanan berkorban apa saja; berkorban harta untuk pergi ke tanah suci, berkorban waktu meninggalkan segala urusan di tanah air, berkorban tenaga kerana harus melakukan perjalanan jauh dan melelahkan, bahkan berkorban nyawa dalam menghadapi setiap kemungkinan yang terjadi. Sewajarnya bakal haji diraikan serta di doakan kerana mereka telah layak menjadi tetamu Allah bererti mereka akan ke medan jihad, dan mungkin mereka tak akan kembali.

Penghayatan sebenar pengorbanan di dalam ibadah haji wajar di aplikasikan dalam kehidupan seharian kita yang lain tuntutan berkorban tidak harus dikaitkan dengan ibadah haji saja. Karena setiap hari dalam setiap permasalahan kita selalu dituntut untuk selalu berkorban, misalnya, menginfaqkan harta kekayaan untuk menolong sesama umat yang sedang mengalami kesusahan adalah sebuah pengorbanan yang boleh dilaksanakan.

Penghayatan dan pelaksanaan pengorbanan yang hakiki di hadapan Allah adalah bermula dari hati yang bersih dan ikhlas akan selalu terpanggil jika yang memanggil adalah pemilik hati yakni Allah SWT.

Justeru itu, bilamana setiap hati tetamu Allah itu benar-benar ikhlas nescaya segala pengorbanan yang ia lakukan tidak akan sia-sia, malahan mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t

Semoga segala pengorbanan di dalam ibadah haji dapat di hayati sebagai panduan dan ikutan kita semua untuk mencapai keredhaan dariNya.

posted by ibnurashid @ 6:41 AM   0 comments
ALHAMDULILLAH
Saturday, December 15, 2007
BERSYUKUR PADA ILLAHI KERANA DENGAN KEHENDAKNYA AKU DAPAT KEMBALI KEBUMI MESIR...

SEMOGA AKU MAMPU TERUS BERJUANG
PERJUANGAN MASIH PANJANG RUPANYA..
AKU PERLU CARI JALAN UNTUK TERUS BERUSAHA DAN BERJAYA
AKU BERDOA SEMOGA AKU TABAH...
posted by ibnurashid @ 1:10 AM   0 comments
Azharian's Topsite Ukhwah.com :: Top 

Blog BKPJM TOP BLOG
About Me

Name: ibnurashid
Home: Jerantut, Pahang, Malaysia
About Me: anak ke-5 dari 7orang adik beradik...dilahirkan dan dibesarkan pada tanggal 14 feb 1983 di felda sg.retang. mendapat pendidikan bermula dari TADIKA KEMAS, SKSR,SMABKT,MAAHAD SAS,DARUL QURAN JAKIM
See my complete profile
Previous Post
Archives
Islamik Info
Penggerak Ummah
Akhbar
Siasah Tanah Air
Sahabat Penggerak