|
tazkirah ramadan
|
Wednesday, September 02, 2009
|
segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan kepada kita untuk terus bersama di dalam madrasah ramadan yang mulia ini.
madrasah ramadan ini merupakan wasilah kepada diri setiap muslim dan mukmin untuk merebut sebanyak mungkin ganjaran yang dijanjikan Allah s.w.
kewajipan berpuasa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada kita adalah satu ibadah yang perlu kita laksanakan dengan sebaiknya agar kita mendapat natijah yang di janjikan Allah iaitu menjadi orang yang BERTAQWA.
Justeru itu dalam kita ingin mencapai taqwa ini mari kita laksanakan 5M ini agar kita dapat mencapai ganjaran tersebut.
dr abdullah nasih ulwan dalam kitabnya jalan menuju taqwa menyarankan kita agar melaksana atau meletakkan 5 M ini di dalam diri agar kita beroleh TAQWA
1. MUAHADAH
iaitu kita merenung kembali perjanjian kita dengan Allah s.w.t yang mana kita telah mengaku dan bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. serta kita telah melafazakan janji setiap kali kita berdiri menghadap illahi dengan menyatakan bahawa " sesungguhnya solatku ibadahku hiduoku dan matiku kerana Allah taala" dengan kita merenung perjanjian kita dengan Allah ini agar usaha kita untuk menjadi hamba yang bertaqwa dapat direalisasikan
2. MUQORABAH
iaitu kita mengambil jalan untuk taqarrub atau hampir kepada Allah dengan kita yakin dalam pelaksanaan ibadah kita. bagi memastikan muqorabah diri kita betul -betul terlaksana maka perlu kita sertakan dalam diri kita sifat IHSAN.
3. MUHASABAH
Bagi menjadikan diri kita bertaqwa kita juga perlukan muhasabah setiap waktu untuk menilai sejauh mana ibadah kita kepada Allah benar-benar ikhlas kepadaNya. tatkala kita sendirian kita merenung setiap amalan hidup kita apakah selama kita hidup ini kita telah melakukan ibadah dengan penuh keihklasan.
4. MUAQABAH
Setelah kita merasakan ada kekurangan diri dalam muhasabah yang dilakukan maka perkara keempat perlu kita lakukan iaitu mendenda atau mengiqab diri agar dengan denda yang kita kenakan ke atas diri kita itu mampu memberikan keinsafan dan pengajaran kepada kita untuk merubah diri dan menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa.
5. MUJAHADAH
Setiap diri kita dikurniakan nafsu yang menjadi musuh dalam diri kita yang sentiasa membisikkan di telinga kita agar melakukan perkara yang dilarang atau yang sia-sia. namun begitu kita juga dikurniakn aqal dan iman bagi memandu nafsu menjadi nafsu mutmainnah. oleh itu mujahadah perlu kita lakukan secara berterusan bagi mendidik diri kita agar terus berada di jalan Allah yang benar dan terus menjadi hambanya yang BERTAQWA.
|
posted by ibnurashid @ 11:26 AM
|
|
|
|
|