Sila download
Demi Masa
Utamakan Solat

Cetusan Hati
Undi Pandangan

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
< input type=submit value=Undi>  
Terima Kasih Daun Keladi
Sensiviti Muslim
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Halwa Mata
Ulama Mesti Bangkit
Wednesday, May 24, 2006
Lewat persidangan "Ulama membantu rakyat Palestin" yang diadakan di Doha, Qatar tempohari, Dr Yusuf al-Qaradawi telah membuat beberapa tuntutan kepada ulama di seluruh dunia. Beliau yang juga merupakan presiden Perhimpunan Ulama Muslimin Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars (IUMS) telah menyeru untuk para ulama memainkan peranan mereka. Beliau menempelak sikap para ulama yang hanya menghadkan diri mereka kepada persoalan fikah semata-mata. Menurut beliau, ulama mempunyai peranan yang besar untuk menggerakkan masyarakat berhubung isu-isu umat. Cadangan dan gesaan beliau ini telah disokong dan diperkemaskan lagi oleh para ulama yang bersidang pada persidangan tersebut yang telah berlangsung pada 10 Mei yang lalu.Persidangan itu telah dihadiri oleh para ulama terkemuka dari seluruh dunia seperti Syeikh Salman al-Awdah dari Saudi, Syeikh al-Harith al-Dhari dari Iraq dan lain-lain lagi. Mereka telah meluluskan beberapa resolusi, antaranya ialah untuk menggembeleng para ulama di seluruh dunia untuk membawa isu Palestin ini sehingga ke akar umbi di negara muslim di seluruh dunia. Mereka juga bersepakat untuk menggembeleng tenaga mengerahkan umat Islam untuk mengutip dana demi membantu rakyat Palestin. Mereka juga menggesa bank-bank di negara Arab untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan tidak tunduk kepada tekanan AS. Mereka juga menyeru agar negara-negara Arab dan umat Islam memboikot mana-mana bank yang tidak mahu menyalurkan dana ke bumi Palestin. Mereka juga telah meluluskan fatwa yang mengharuskan mengeluarkan wang zakat untuk disalurkan kepada umat Islam di Palestin.Kesimpulannya, para ulama di seluruh dunia sekarang ini sedang aktif melancarkan kempen untuk membantu rakyat Palestin. Rakyat Palestin pada hari ini benar-benar hanya mengharapkan umat Islam agar bersama mereka untuk melalui fasa yang amat getir ini. Usaha jahat AS dan EU bersama rejim Zionis untuk menekan rakyat Palestin berterusan dijalankan. Kini, adalah menjadi tanggung jawab umat Islam di seluruh dunia untuk membantu saudara-mara mereka di Palestin. Adalah tidak wajar mereka berdiam diri sedangkan rakyat Palestin berterusan dihimpit ujian dan tekanan dari rejim Zionis. Kempen USD 1 seorang muslim sedang hebat berjalan di negara-negara umat Islam dan juga negara-negara Eropah oleh para muslimin di sana.
Mereka juga telah meluluskan fatwa yang mengharuskan mengeluarkan wang zakat untuk disalurkan kepada umat Islam di Palestin.
Bagaimana di Malaysia?Bagaimana pula para ulama di Malaysia?Mengapa tiada suara dari para mufti berkenaan isu ini?Mengapa tiada fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu ini?Mengapa tidak kedengaran suara persatuan-persatuan ulama dan guru-guru agama berhubung isu ini?Di manakah JAKIM di dalam isu ini?Ke manakah perginya jabatan-jabatan agama di dalam isu ini?Mengapa diam membisu seribu bahasa?Adakah para mufti-mufti kita masih pening memikirkan hukum Botox lagi?Adakah JAKIM masih sibuk dengan isu-isu remeh seperti Wahabi dan sosej babi yang halal?Adakah jabatan-jabatan agama sudah cukup berpuas hati dengan kerja menangkap basah sahaja?Bagaimana pula para ustaz-ustazah?, imam-imam?, khatib-khatib Jumaat?, para ulama?, pakar-pakar agama?Adakah mereka tergamak meninggalkan saudara mereka di Palestin berterusan ditekan dan dicekik oleh pihak Zionis, AS dan EU?Di bawah ini disertakan saranan dan cadangan untuk para ulama dan agamawan di Malaysia untuk melakukan sesuatu untuk umat Islam di Palestin.a) Bagi Majlis Fatwa Kebangsaan, mereka adalah sumber fatwa rakyat malaysia yang paling mempunyai autoriti. Adalah menjadi tanggung jawab mereka di saat yang getir ini untuk mengeluarkan fatwa berkaitan isu Palestin. Cukuplah dengan mereka mengeluarkan fatwa "WAJIB bagi rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin, walaupun RM1 seorang" ataupun fatwa "Harus mengeluarkan zakat untuk membantu rakyat Palestin di waktu ini".
Jikalaulah, para ulama sedunia boleh bersidang dan meluluskan fatwa WAJIB membantu rakyat Palestin di saat ini, mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan kita hanya diam membisu ?
Jikalaulah, para ulama sedunia boleh bersidang dan meluluskan fatwa WAJIB membantu rakyat Palestin di saat ini, mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan kita hanya diam membisu. Adakah isu Palestin ini tiada kaitan dengan ruang lingkup kerja mereka?, atau juga mungkin mereka tidak tahu apa yang berlaku kini di Palestin? Kita sama-sama nantikan apakah langkah yang akan mereka ambil.b) Para mufti di seluruh Malaysia juga mempunyai peranan di negeri masing-masing. Mereka berperanan untuk memacu isu ini di negeri masing-masing. Mereka juga diharapkan dapat mengeluarkan fatwa untuk rakyat di negeri masing-masing berhubung kewajipan membantu rakyat Palestin. Mereka juga berperanan untuk melancarkan kempen RM1 seorang muslim di negeri masing-masing. Jika perlu, libatkan Sultan dan Menteri-menteri besar untuk turut serta.c) Jabatan-jabatan agama juga mempunyai peranan yang amat besar. Dengan jentera yang mereka ada, mereka boleh berperanan melancarkan program-program kesedaran dan melancarkan kutipan-kutipan derma untuk tabung Palestin. Penceramah-penceramah mereka juga boleh memainkan peranan menjadi agen menyebar luaskan kesedaran terhadap isu Palestin ini kepada masyarakat dan golongan akar umbi.d) Para imam dan masjid-masjid juga tidak ketinggalan mempunyai peranan yang besar dalam hal ini. Khutbah-khutbah Jumaat, ceramah-ceramah, notis-notis, poster dan lain-lain usaha boleh digembelengkan melalui para imam dan masjid. Khutbah-khutbah Jumaat yang lesu boleh diserikan dengan isu umat yang mutakhir ini. Ceramah-ceramah Israk Mikraj nanti juga merupakan medan yang sesuai untuk dijadikan medan menyemarakkan isu ini.e) Guru-guru agama juga mempunyai peranan mereka untuk menyuburkan isu ini di kalangan anak-anak murid mereka. Janganlah dikongkong kefahaman anak-anak murid tentang Islam hanya pada perkara-perkara berkaitan ibadat sahaja. Masyarakat perlu didedahkan kepada isu umat yang lebih global.Para ulama dan agamawan di Malaysia sekelian,Semoga apa yang anda lakukan nanti akan menjadi alasan untuk Allah memberikan syurga sebagai ganjarannya di akhirat nanti....Dan ianya juga akan menjadi jawapan jika anda ditanyakan oleh Allah kelak, apakah yang telah anda lakukan untuk membantu umat Islam di Palestin dan juga untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa!"
posted by ibnurashid @ 8:16 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Azharian's Topsite Ukhwah.com :: Top 

Blog BKPJM TOP BLOG
About Me

Name: ibnurashid
Home: Jerantut, Pahang, Malaysia
About Me: anak ke-5 dari 7orang adik beradik...dilahirkan dan dibesarkan pada tanggal 14 feb 1983 di felda sg.retang. mendapat pendidikan bermula dari TADIKA KEMAS, SKSR,SMABKT,MAAHAD SAS,DARUL QURAN JAKIM
See my complete profile
Previous Post
Archives
Islamik Info
Penggerak Ummah
Akhbar
Siasah Tanah Air
Sahabat Penggerak