Sila download
Demi Masa
Utamakan Solat

Cetusan Hati
Undi Pandangan

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
< input type=submit value=Undi>  
Terima Kasih Daun Keladi
Sensiviti Muslim
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Halwa Mata
PERUTUSAN IDUL ADHA OLEH PRESIDEN PMRAM
Friday, January 05, 2007

الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد

Kita bersyukur kepada Allah yang di atas rahmat dan kasih sayangnya kita dapat terus menghirup nyawa pinjaman Allah kepada kita dalam menghabiskan saki baki umur yang bakal ditanya oleh Allah Taala kelak.

Musim perayaan Id Al-Adha muncul lagi dengan meniupkan kembali roh perjuangan menuntut kecintaan kepada Allah. Roh perjuangan yang diabadikan oleh keluarga bertakwa Pesuruh Allah Ibrahim, Ismail dan ibu tua Hajar menggamit hati kecil setiap muslim untuk bertafakur dan mengalirkan manik-manik bersih di kelopak mata sebagai satu keakuran betapa terlalu kerdil diri ini di dalam mencari belas kasih Allah Yang Esa.

Aliran manik basah di perairan mata semakin laju mengkala teringatkan realiti umat utusan tuhan terakhir ini yang semakin bobrok, retak menanti belah dek kealpaan kita dalam menegakkan Islam. Hari demi hari mempertontonkan kemusnahan akhlak dan jati diri Muslim Malaysia khususnya yang semakin biadab di hadapan Yang Esa. Namun adakah kita setelah ini semua, masih mengukir senyum?

Muslim Malaysia hari ini begitu parah. Murtad semakin girang tersenyum melihat anak muda muslim rela dan tega membunuh akidahnya. Sehari demi sehari insan muslim menyentak imannya keluar daripada tubuh yang diasuh semenjak lama erti cinta dan kasihkan Allah. Angka jumlah murtad yang dinyatakan oleh Dato Mufti Perak sebanyak 250 ribu orang adalah begitu menakutkan. Namun adakah kita setelah ini semua, masih mengukir senyum?

Mengapa sehingga ke hari ini permintaan untuk mewujudkan undang-undang yang akan mengawal angka murtad dipandang sepi. Mengapa pihak kerajaan memandang sepi jenayah murtad yang terlalu zalim yang telah merobek dan menelanjangkan Muslim daripada aqidahnya yang merupakan virus yang boleh mengundang maut. Apakah isu ini isu jalanan, picisan dan ringan yang hanya boleh dipandang melalui ekor mata semata-mata?

Para Azhari dan mahasiswa Muslim wajib bertanggungjawab untuk memacu perubahan ini. Apa guna lembu, kambing dan unta yang disemahkan darahnya dalam hari-hari perayaan korban yang tidak lebih hanya sebagai satu lambang pengorbanan, sedangkan kita masih terbahak-bahak di ruang kemurtadan yang bakal mengubah akidah muslim hari ini.

Pesuruh Allah, Ibrahim dan keluarga baginda adalah lambang ketaatan mutlak kepada Allah tanpa berbelah bagi. Roh keluarga suci ini perlu dilahirkan kembali oleh kita semua selaku para cendikiawan Islam dalam merempuh gelombang Kristian dan seluruh ideologi dungu ciptaan sang makhluk yang mengintai peluang untuk menyembelih aqidah sang muslim. Semoga Allah menerima kerja buat kita dalam memahkotakan kembali Islam di singgahsananya.

Salam Idul Adha dan selamat menghadapi peperiksaan daripada kami, seluruh saf kepimpinan Badan Pengurus PMRAM 2006.

Wassalam.

Hairul Nizam Mat Husain,

Presiden PMRAM 2006.
posted by ibnurashid @ 3:35 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Azharian's Topsite Ukhwah.com :: Top 

Blog BKPJM TOP BLOG
About Me

Name: ibnurashid
Home: Jerantut, Pahang, Malaysia
About Me: anak ke-5 dari 7orang adik beradik...dilahirkan dan dibesarkan pada tanggal 14 feb 1983 di felda sg.retang. mendapat pendidikan bermula dari TADIKA KEMAS, SKSR,SMABKT,MAAHAD SAS,DARUL QURAN JAKIM
See my complete profile
Previous Post
Archives
Islamik Info
Penggerak Ummah
Akhbar
Siasah Tanah Air
Sahabat Penggerak