PENGENALAN ASAS ILMU QIRAAT
KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN
1. Hadis daripada Sayyidina Uthman bin Affan r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
خيركم من تعلم القرءان وعلمه.
( Hadis riwayat Bukhori, Abu Daud dan Tirmizi )
2. Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول الم حرف ولكن الف حرف ولام حرف وميم حرف. ( Hadis riwayat Tirmizi )
3. Hadis daripada Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
من شغله القرءان وذكري عن مسألتي، أعطيته افضل ما أعطي السائلين، وفضل كلام الله تعالى على سائرالكلام كفضل الله على خلقه ( Hadis riwayat Tirmizi )
4. Hadis daripada Anas bin Malik r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
إن لله أهلين من الناس، قالو من هم يا رسول الله، قال أهل القرءان هم أهل الله وخاصته (hadis riwayat An Nasai’)
5. Hadis daripada Mu’az bin Anas, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
من قرأ القرءان وعمل بما فيه ألبس الله والديه تاجا يوم القيامة ضوءه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما ظنكم بالذي عمل بهذا (hadis riwayat Abu Daud)
KITAB-KITAB ASAS QIRAAT
1. Matan Asy Syatibi Matan ini dikarang oleh Imam Al Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Imam Asy Syatibi.. Berasal dari Andalusia, Sepanyol. Wafat pada tahun 590 hijrah. Beliau menjadikan kitab tahbir at-taisir sebagai sumber karangan beliau.
2. Matan Al Jazari Matan ini dikarang oleh Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf atau lebih dikenali sebagai Imam Al Jazari. Dilahirkan pada tahun 751 hijrah dan wafat pada tahun 833 hijrah. Berasal dari Damsyiq. Antara kitab-kitab yang menjadi sumber dalam menulis matan beliau ini ialah kitab taisir, kitab nasyrul Asyri dan kitab toyyibah.
SYARAT DITERIMA SEBAGAI QIRAAT YANG SAHIH/RUKUN QIRAAT.
1. Mestilah qiraat itu tidak bercanggah dengan bahasa Arab. 2. Mestilah qiraat itu tidak bercanggah dengan resam uthmani. 3. Mestilah sanad qiraat itu mutawatir iaitu rawi yang meriwayatkan qiraat tersebut satu jamaah yang ramai dimana mustahil mereka itu berpakat dalam melakukan penipuan .
DALIL TURUNNYA AL-QURAN DENGAN 7 ‘AHRUF’.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya Nabi saw bersabda,
أقرأني جبريل عليه السلام على حرف واحد فراجعته، فلم أزل أستزيده ويزيدني حتى انتهى إلى سبعة احرف. ( Hadis riwayat Bukhori )
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Syihab bahawa beliau diberitakan oleh Urwah bin Zubair bahawa Maswara bin Makhramah dan Abdul Rahman bin Abdul Qari mendengar Umar bin Khattab r.a berkata,
سمعت هشام بن حكيم يقرأ سورة الفرقان في حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فاستمعت لقراءته، فاذا هو يقرأ على حروف كثيرة لم يقرأني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فكدت اساوره فى الصلاة فتصبرت حتى سلم، فلببته بردائه فقلت من اقرأك هذه السورة التى سمعتك تقرأ قال اقرأني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت كذبت، فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أقرأنيها على غير ما قرأت، فانطلقت به أقود إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت سمعت هذا يقرأ سورة الفرقان على حروف لم تقرأنيها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعمر ارسله، فأرسله عمر، فقال لهشام اقرأ يا هشام، فقرأ عليه القراءة التى سمعته يقرأ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم كذلك أنزلت،.ثم قال اقرأ يا عمر فقرأت القرأة التى أقرأني، فقال كذلك أنزلت، ان هذا القرءان أنزل على سبعة أحرف فاقرأوا ما تيسر منه ( hadis riwayat Bukhori )
MAKSUD 7 ‘AHRUF’.
Tidak ada hadis secara jelas yang menceritakan tentang apakah yang dimaksudkan dengan 7 ahruf. Namun ulamak samada yang salaf mahupun yang khalaf secara sepakat menyatakan bahawa tidak boleh seseorang itu menafsirkan bahawa 7 ahruf itu adalah 7 qura’ yang masyhur kerana 7 qura’ yang masyhur ini tidak pernah wujud pun pada zaman Rasulullah saw .
التكليف بما لا يطاق محال
Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Abbas berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan 7 ahruf ialah :
أن القرءان نزل بلغة كل حي من إحياء العرب
QIRAAT SAB’AH DAN QIRAAT ‘ASYARAH
Qiraat 7 (sab’ah) mahupun qiraat 10 (‘asyarah), ianya tetap tidak lari daripada 7 ahruf sebagaimana ia diturunkan. Kesemuanya mutawatir daripada Rasulullah SAW. Ini bermakna, Rasulullah SAW membaca dengan kesemua qiraat ini. Qiraat 7 dikupas dan dijelaskan oleh Imam al-Syatibi. Imam al-Jazari pula mengupas dan menyusunnya sehingga 10 qiraat. Tetapi, ini tidaklah bermakna Imam al-Jazari telah melakukan penambahan kepada ilmu ini sehingga menjadi 10. Tetapi berkemungkinan, Imam as-Syatibi pada zamannya hanya sempat mengumpul dan menyusunnya sehingga 7 sahaja. Setelah itu, pengumpulan dan pengkajian diteruskan oleh Imam al-Jazari sehingga lengkap menjadi 10 qiraat.
Kesemua 10 qiraat Imam al-Jazari dikenali dengan al-Qiraat al-‘Asyarah al-Kubro. Tetapi jika 7 qiraat Imam al-Syatibi digabungkan dengan 3 lagi qiraat Imam al-Jazari maka ia dikenali dengan al-Qiraat al-‘Asyarah al-Soughro.
PENGENALAN RINGKAS 10 IMAM QIRAAT
1. Imam Nafi’ Namanya Abu Ruaim Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim Al Laithi. Berasal dari Asfahan. Merupakan imam Darul Hijrah. Wafat pada 169 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Qalun dan Warsh.
2. Imam Ibnu Kathir Namanya Abdullah bin Kathir Al makki. Merupakan imam ahli Mekah. Dilahirkan pada 45 hijrah dan wafat pada 120 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Bazzi dan Qunbul.
3. Imam Abu Amru Namanya Zaban bin Ala’ bin Ammar bin ‘Uryan Al Maazini Al Tamimi Al Basri. Dilahirkan di Mekah pada tahun 68 hijrah dan wafat pada 154 hijrah di Kufah. Rawinya yang terkenal iaitu Duri dan Susi.
4. Imam Ibnu Amir Asy Syami Namanya Abdullah bin Amir Asy Syami Al Yahsobi. Merupakan qadhi di Damsyiq ketika Khilafah Al Walid bin Abdul Malik. Diberi gelaran Aba Amru. Beliau adalah seorang tabiin. Dilahirkan pada 8 hijrah dan wafat pada 118 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Hisyam dan Ibn Zakwan.
5. Imam Asim Namanya Asim bin Abi An Najud Al Asadi. Digelar sebagai Aba Bakar. Merupakan seorang tabiin dan beliau adalah seorang ketua qura’ di Kufah. Terkenal sebagai seorang yang mempunyai suara yang paling lunak.Wafat pada 127 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Syu’bah dan Hafs.
6. Imam Hamzah Namanya Hamzah bin Habib bin Ammarah Az Zayyat. Digelar Aba Ammarah. Dilahirkan pada tahun 80 hijrah. Beliau adalah seorang peniaga, seorang ahli ibadah dan seorang yang wara’.Wafat pada 156 hijrah pada zaman khilafah Abi Ja’far Al Mansur. Rawinya yang terkenal iaitu Kholaf dan Kholad.
7. Imam Kisai’ Namanya Ali bin Hamzah An Nahwi. Digelar sebagai Aba Hasan. Diberi kunyah sebagai kisai’ kerana beliau dibesarkan di satu tempat bernm kusa’. Wafat pada 198 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Abu Haris dn Duri.
8. Imam Abu Jaafar Namanya Yazid bin Qa’qa’ Al Makhzumi Al Madani. Diberi kuniah sebagai Abu Jafaar. Beliau adalah seorang tabiin.Wafat pada 130 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Ibn Jammaz dan Ibn Wirdan. 9. Imam Ya’aqub Namanya Yaaqub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq Al Hadhrami Al Basri. Kuniahnya Abu Muhammad.Wafat pada tahun 205 hijrah ketika berumur 88 tahun. Rawinya yang terkenal iaitu Ruais dan Rauh.
10. Imam Kholaf Al Asyir. Namanya Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Kholaf Al Asadi Al Baghdadi Al Bazzar. Digelar sebagai Abu Muhammad. Dilahirkan pada tahun 150 hijrah dan wafat pada bulan jamadil akhir tahun 229 hijrah di Baghdad. Rawinya yang terkenal iaitu Ishaq dan Idris.
IMAM NAFI’
Nama : Nafi’ bin Abd Rahman bin Abu Na’im. Kuniah : Abu Ruwaim, Abu Al-Hasan, Abu Abd Rahman. Lahir pada : tahun 70 hijrah Wafat pada : tahun 169 hijrah ketika berusia 99 tahun. Asal : Asbahan. Ciri-ciri : berkulit gelap, tampan, baik rupa paras, mesra dengan org ramai.
Bertalaqqi dengan lebih dari 70 orang guru dari kalangan tabi’in. Antaranya:
نافع
أبو جعفر
عبد الله ابن عباس و أبو هريرة
أبي بن كعب و زيد بن ثابت
رسول الله صلى الله عليه وسلم
Keistimewaan-keistimewaan lain :
1) Solat di masjid Rasulullah lebih 60 tahun dan menjadi imam di situ. 2) Mengajar al-Quran dan al-Qiraat selama lebih 70 tahun. 3) Apabila bercakap pasti akan terhidu bau kasturi walaupun beliau tidak pernah memakai sebarang haruman/wangian. 4) Bertalaqqi dengan Rasulullah dalam mimpinya. 5) Mempunyai anak murid yang tidak terkira ramainya. Antara yang bertalaqqi dengannya adalah Imam Malik bin Anas dan al-Laith bin Saad. 6) Perawinya yang termasyhur adalah Isa bin Mina bin Wardan (Qalun) dan Uthman bin Sa’id bin Abdullah (Warsy). 7) Berikut adalah beberapa manhaj asas untuk Qiraat Imam Nafi’ :
قالون ورش قصر المد المنفصل مع التوسط والإشباع إشباع المدين ضم ميم الجمع بعده متحرك مع الصلة ضم ميم الجمع بعده همزة القطع مع الصلة فتح الاءات الإضافة بعدها همزة المتحركة تغليظ اللام بعده الصاد والطاء المتحركتين .
AL-FATIHAH DENGAN 10 QIRAAT
ملك - Nafi’, Ibn Kathir, Abu Amru, Ibn Amir, Hamzah, Abu Jaafar.
مالك – Asim, Kisai’, Yaaqub, Kholaf 10.
الصراط ، صراط – Nafi’, Ibn kathir bil khilaf oleh Qunbul, Abu amru, Ibn Amir, Asim, Kisai’, Abu Jaafar, Rauh ‘an Yaaqub, Kholaf 10.
السراط ، سراط – Qunbul ‘an Ibn Kathir wajah ke 2, Ruais ‘an Yaaqub
الزراط، زراط - Kholaf ‘an Hamzah. الزراط، صراط – Kholad ‘an Hamzah
عليهم - Nafi’ bil khilaf oleh Qalun, Abu Amru, Ibn Amir, Asim, Kisai’, Kholaf 10.
عليهم – Hamzah, Yaaqub
عليهموا- Qalun ‘an Nafi’ wajah ke 2, Ibn Kathir, Abu Jaafar.
ADAB-ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN
Sukalah untuk saya selitkan di sini beberapa tips yang mungkin dapat membantu para pembaca untuk menghafaz al-Quran. Sesungguhnya al-Quran bukanlah sepertimana buku-buku biasa yang kita baca setiap hari. Namun ia adalah sebuah kitab agung yang terkandung di dalamnya kalam-kalam suci Allah. Kerana itu, menyentuhnya bukan seperti menyentuh kitab-kitab lain dan membacanya bukan seperti membaca kitab-kitab lain. Ada adab-adab yang perlu dijaga bagi menunjukkan kehormatan dan kesuciannya.
1) Berwudhu’ 2) Menutup aurat 3) Menghadap kiblat 4) Ikhlaskan niat kerana Allah. 5) Mulakan dengan isti’azah dan basmalah. 6) Baca dengan tenang sambil mentadabbur ayat-ayatnya. 7) Elakkan daripada bercakap-cakap perkara lain ketika masih belum menamatkan bacaan. 8) Jika menggunakan mashaf; kecil mahupun besar, pastikan ianya diletakkan lebih tinggi daripada kaki. Sebaiknya peganglah dengan tangan kanan.
Berikut dijelaskan pula beberapa tips mudah untuk menghafaz al-Quran:
1) Ikhlaskan niat kerana Allah SWT. 2) Berwudhuk dan menghadap kiblat. 3) Mulakan dengan doa menghafaz :
اللهم نوربكتابك بصري واشرح به صدري واستعمل به بدني واطلق به لساني وقو به عزمي واسرع به فهمي وقو به جناني بحولك وقوتك فإنه لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم
4) Tetapkan sasaran bilangan ayat yang ingin dihafaz pada hari tersebut. 5) Baca kesemua ayat yang ingin dihafaz pada hari tersebut sekali lalu. 6) Baca ayat yang pertama dengan melihat mashaf sebanyak 40 kali. 7) Beralih ke ayat yang kedua dengan menggunakan kaedah yang sama. 8) Ulang ayat pertama dan kedua sebanyak 5 kali. 9) Beralih ke ayat yang ketiga dengan membacanya sebanyak 40 kali. 10) Ulang ayat pertama, kedua dan ketiga sebanyak 5 kali. 11) Beralih ke ayat yang keempat dan gunakan kaedah yang sama sehingga selesai. 12) Akhiri dengan doa penutup:
اللهم إني أستودعك ما علمتني فاردده إلي وقت حاجتي إليه فلا تنسنيه , وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم 13) Jauhkan perkara-perkara yang boleh merosakkan hafazan.
PENUTUP
Ilmu Qiraat ini tidak mungkin dapat kita dalami dalam masa yang singkat. Hanya pembelajaran yang tekun dan berterusan sahaja memungkinkan kita menguasainya. Qiraat tidak cukup dengan mengenali dan mempelajarinya secara teori semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu perlu ada satu latihan praktikal yang intensif bagi memastikan ketepatan dan keberkesanannya.
Tidak semua dapat dijelaskan di sini. Apapun saya mengharapkan semoga kertas kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu sahabat-sahabat mengenali al-Quran dan al-Qiraat walaupun ianya terlalu ringkas dan penuh dengan kekurangan. Apapun, semoga ianya menjadi titik tolak untuk pada sahabat lebih mendekati dan mendalami ilmu yang sangat penting ini. Sebarang teguran dan komen terhadap apa jua kesilapan amatlah saya harapkan. Wallahu ‘alam.
|
Assalamualaikum ya akhi.
Tahniah kerana catitan akhi pasal Qiraat yang kurang dikenali oleh masyarakat kita Malaysia kerana kita hanya berpegang pada Imam Hafs' Nasim.Saya cadangkan boleh tak kalu akhi terjemahkan matan dan hadis yang dipaparkan dalam artikel akhi tu.
Wassalam
Wassalam