Sila download
Demi Masa
Utamakan Solat

Cetusan Hati
Undi Pandangan

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
< input type=submit value=Undi>  
Terima Kasih Daun Keladi
Sensiviti Muslim
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Halwa Mata
Takhassus Qiraat 2
Tuesday, May 30, 2006
PRINSIP ILMU AL QIRAAT

1)Takrif :

Satu ilmu tentang cara untuk menyebut kalimah-kalimah Al-Quran berserta dengan kepelbagaian padanya dengan disandarkan kepada periwayatnya.

2)Tajuk perbincangan :

Kalimah-kalimah Al-Quran dari sudut keadaan dalam menyebutnya. Perkara yang dibincangkan adalah seperti mad dan qasr, idgham dan izhar dan sebagainya.

3)Tujuan :

1.Memelihara kesucian Al-Quran.
2.Mengetahui apa yang dibaca oleh setiap imam qurra' serta dapat membezakan manhaj setiap imam. Dan lain-lain lagi.

4)Kelebihannya :

Diantara semulia-mulia ilmu kerana kaitannya dengan kalam Allah.

5)Namanya :

Ilmu Al-Qiraat (القراءات ) lafaz jamak kepada ( القراءة ) bermakna wajah yang dibaca.

6)Sandarannya :

Daripada sunnah dan ijmak. Juga dikatakan daripada riwayat yang sohih dan mutawatir daripada imam-imam qiraat daripada rasulullah S.A.W.

7)Hukum Syarak :

Fardhu kifayah belajar dan mengajar.

8)Masalah-masalahnya :

Kaedah-kaedah tertentu seperti setiap 2 huruf hamzah yang berada dalam satu kalimah ( ءألد , ءأنذرتهم ) dibaca dengan tashil oleh Hijaziyyun.


APAKAH HUBUNGAN DI ANTARA AL-QURAN DAN AL-QIRAAT ?

Ulama berselisih pendapat dalam persoalan adakah kedua-duanya merupakan perkara yang sama atau sebaliknya.
Imam Badruddin Azzarkashi menyatakan bahawa Al-Quran dan Al-Qiraat adalah 2 hakikat yang berlainan. Ini kerana Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai mukjizat dan keterangan. Sebaliknya Al-Qiraat pula adalah kepelbagaian lafaz-lafaz wahyu itu pada huruf dan kaedah pembacaan seperti takhfif dan tashdid. Al-Qiraat juga tidak dapat tidak diambil melalui proses talaqqi dan mushafahah.
Ad Doktor Muhammad Salim Muhaisin pula berpendapat bahawa Al-Quran dan Al-Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna. Berdasarkan Al-Quran adalah masdar yang seerti dengan Al-Qiraah. Al-Qiraat pula jamak kepada Al-Qiraah. Maka bagi beliau kedua-duanya adalah mempunyai satu makna.

"سبعة أحرف" TUJUH HURUF

Al-Quran Turun Dengan ' Tujuh Huruf '

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perkara tersebut, diantaranya :

روى البخارى و مسلم فى صحيحيهما عن ابن عباس رضى الله عنهما أنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (( أقرأنى جبريل على حرف فراجعته , فلم أزل أستزيده ويزيدنى حتى انتهى إلى سبعة أحرف ))

روى البخارى و مسلم أيضا ( واللفظ للبخارى ) أن عمر بن الخطاب رضى الله عنه قال (( سمعت هشام بن حكيم يقرأ سورة الفرقان فى حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم , فاستمعت لقراءته فإذا هو يقرؤها على حروف كثيرة , لم يقرئنيها رسول الله صلى الله عليه و سلم فكدت أساوره فى الصلاة , فانتظرته حتى سلم , ثم لببته بردائه , فقالت : من أقرأك هذه السورة التى سمعتك تقرأ ؟ قال أقرأنيها رسول الله صلى الله عليه و سلم . فقالت له : كذبت , فوالله إن رسول الله صلى الله عليه و سلم أقرأنى هذه السورة التى سمعتك تقرؤها , فانطلقت أقوده إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم فقالت : يا رسول الله إنى سمعت هذا يقرأ بسورة الفرقان على حروف لم تقرئنيها , وأنت أقرأتنى سورة الفرقان , فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (( أرسله يا عمر. اقرا يا هشام . فقرأ عليه القراءة التى سمعته يقرؤها قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (( هكذا أنزلت . ثم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم (( اقرا يا عمر)) فقرأت القراءة التى أقرأنى , فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (( كذلك أنزلت إن هذا القرءان أنزل على سبعة أحرف فاقرأوا ما تيسر منه ))

Makna Huruf

Huruf dari sudut bahasa mempunyai banyak makna. Diantaranya :

Hujung sesuatu { ومن الناس من يعبد الله على حرف }
Huruf hijaiyyah
Sebahagian sesuatu atau satu pihak.
Bahasa atau lahjah sesuatu bahasa.
Wajah-wajah qiraat yang terdapat dalam Al-Quran.

Yang Dikehendaki Dengan Tujuh Huruf Di sini Ialah….

Ulamak berselisih pendapat dalam memberi pengertian " سبعة أحرف " dalam hadis yang telah lalu. Di antara pendapat mereka :

Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dengan memberi satu makna.
Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dan keseluruhan wajah bagi kalimah-kalimah tidak terkeluar daripada 7 bahasa.
Suruhan, tegahan, janji baik, janji buruk, perbantahan, kisah-kisah dan perumpamaan. Atau suruhan, tegahan, halal, haram, muhkam, mutashabih, dan perumpamaan.
Tujuh kepelbagaian wajah yang merangkumi. Pendapat Ibnu Al Jazari.
1)Kepelbagaian pada baris tanpa melibatkan perubahan pada makna dan bentuk tulisan. {يحسب } dengan fathah dan kasrah huruf sin.
2)Kepelbagaian pada baris melibatkan perubahan pada makna sahaja {فتلقى ءادم من ربه كلمت } dengan rafa' pada ءادم dan nasab pada كلمت atau dengan sebaliknya.
3)Kepelbagaian pada huruf melibatkan perubahan pada makna tidak pada bentuk tulisan.
{تتلوا , تبلوا }.
4)Kepelbagaian pada huruf melibatkan perubahan pada bentuk tulisan tidak pada makna.
{الصراط , السراط }.
5)Kepelbagaian pada huruf dan bentuk tulisan { يأتل , يتال }.
6)Kepelbagaian dengan mendahulukan dan mengakhirkan { وقاتلوا وقتلوا }
7)Kepelbagaian dengan menambah dan mengurangkan { ووصى , و أوصى }

Tujuh wajah yang berbagai-bagai mencakupi kepelbagaian Qiraat.
Pendapat Imam Fakhruddin Ar Razi.
1)Kepelbagaian pada kata nama sama ada dengan tunggal atau jamak seperti
{ والذى لأمانتهم و عهدهم راعون }
2)Kepelbagaian pada wajah-wajah I'rab seperti
{ فتلقى ءادم من ربه كلمت}
3)Kepelbagaian pada tasrif seperti
{فقالوا ربنا باعد بين أسفارنا }
4)Kepelbagaian dengan mendahulukan dan mengakhirkan seperti {أفلم ييأس, فيقتلون ويقتلون }
5)Kepelbagaian dengan menukarkan. Sama ada huruf dengan huruf atau kalimah dengan kalimah seperti {وانظر إلى العظام كيف ننشزها } {كالعهن المنفوش }
6)Kepelbagaian dengan menambah dan mengurangkan seperti {وأعد لهم جنت تجرى تحتها الأنهر }
7)Kepelbagaian lahjah dengan tafkhim dan tarqiq, fathah dan imalah, izhar dan idgham, tashil, ishmam dan sebagainya.

Hikmah Turunnya Al-Quran Dengan Tujuh Huruf

1)Menjadi dalil terpeliharanya kitab Allah daripada perubahan dan penyelewengan.
2)Sebagai keringanan kepada umat Islam dalam membacanya.
3)Menyatukan umat Islam kepada lisan yang satu iaitu Quraish
( Al-Quran diturunkan dengan bahasa Quraish). Dan sebagainya…

Adakah Mushaf Uthmani Mengandungi Ketujuh Tujuh Huruf ?

Ulamak berselisih pendapat.

Pertama : Sekumpulan daripada fuqaha' , qurra' dan mutakallimin berpendapat bahawa mushaf uthmani mengandungi ketujuh-tujuh huruf. Alasan mereka ialah tidak boleh diabaikan tujuh huruf dalam meriwayatkan Al-Quran kerana bersama-samanyalah Al-Quran diturunkan.

Kedua : Jumhur ulamak salaf dan khalaf bahawa mushaf uthmani mengandungi apa yang ditanggung oleh bentuk penulisannya daripada tujuh huruf. Ini lebih rajih.


PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT

Setelah kita fahami bahawa Al-Quran turun dengan tujuh huruf dan kita juga sudah jelas apa yang dimaksudkan dengan tujuh huruf tersebut, kini kita akan ikuti perkembangan ilmu ini sejak zaman junjungan besar s.a.w.
Rasulullah saw membacakan kepada sahabat-sahabat baginda akan Al-Quran dengan tujuh huruf ini. Maka berlaku kepelbagaian dalam bacaan setiap sahabat. Bacaan yang dibaca oleh seorang sahabat tidak sama dengan sahabat yang lain. Lalu bertebaranlah para sahabat menyebarkan agama Allah. Disebabkan kepelbagaian itu generasi tabi'in juga mengalami perkara yang sama. Begitulah seterusnya sehinggalah sampai kepada zaman Imam-imam yang agung. Mereka telah menyusun semula Qiraat dan mengembangkannya dengan lebih tersusun.

Bilakah Bermulanya Penurunan Al-Qiraat

Persoalannya adakah semasa Rasulullah saw di Makkah ataupun di Madinah ?
Ada 2 pendapat.
Pertama : Ketika di Makkah bersama dengan bermulanya penurunan Al-Quran. Pendapat ini berdasarkan bahawa sebahagian besar surah Al-Quran adalah Makkiyyahdan pada surah-surah tersebut terdapat wajah qiraat yang terdapat dalam surah-surah Madaniyyah.

Kedua : Diturunkan di Madinah selepas hijrah rasul. Seperti diketahui bahawa selepas hijrah ramai manusia telah memeluk Islam. Mereka adalah daripada pelbagai bangsa dengan berbagai-bagai dailek dan bahasa. Maka Al-Qiraat sebagai kemudahan kepada umat Islam bagi membaca Al-Quran dengan tujuh huruf.

Siapakah Yang Mula Membukukan Ilmu Qiraat ?

Ahli sejarah telah menyebutkan bahawa yang paling awal mengarang ilmu ini ialah ABU UBAID AL QASIM IBN SALAM (233H)
yang telah mengarang kitab Qiraat dengan 25 orang qari.
Ada juga pendapat mengatakan seawal-awal pengarang kitab dalam qiraat sab'ah ialah AL HUSAIN IBN OSMAN IBN THABIT AL BAGHDADI AL A'ZIR (378H)

PEMBAHAGIAN Al-QIRAAT DARI SUDUT SANAD

Al-Qiraat jika ditinjau dari sudut sanad terbahagi kepada enam :

1)Al Mutawatir
Qiraat yang diriwayatkan oleh sekumpulan dari sekumpulan yang tidak mungkin persepakatan mereka di atas pendustaan ; contohnya Qiraat yang disepakati daripada imam-imam yang tujuh.
2)Al Mashhur
Qiraat yang sah sanadnya kerana periwayatnya adil, mempunyai kekuatan ingatan dan meriwayatkan daripada periwayat yang sepertinya. Begitu juga Qiraat itu berbetulan dengan bahasa arab dan salah satu daripada mushaf-mushaf uthmani. Sama ada daripada Qiraat Sab'ah atau A'sharah. Juga Qiraat tersebut mashhur di kalangan qurra' dan tidak di kira sebagai salah.
Contohnya , Qiraat yang diriwayatkan daripada imam yang tujuh tetapi tidak disepakati. Ada periwayat yang meriwayatkan Qiraat yang tidak diriwayatkan oleh yang lain.
Hasil agung dalam kedua-dua bahagian ini adalah seperti At Taisir bagi Imam Ad Dani, As Shathibiyyah dan Toyyibatun Nashri.
Kedua-dua bahagian ini adalah dibaca dengan wajib beri'tikad akan kebenarannya dan tidak boleh mengingkarinya.

3)As Sohih
Qiraat yang sah sanadnya tetapi bersalahan dengan rasm atau bahasa arab atau tidak mashhur seperti yang disebutkan.
Bahagian ini tidak dibaca dan tidak wajib beri'tikad akan kebenarannya.
Seperti {متكئين على رفرف خضر وعبقري حسان , لقد جاءكم رسول من أنفسكم }

4)As Shaz
Qiraat yang tidak sah sanadnya seperti Qiraat Ibn As Sumaiqi'
{فاليوم ننحيك ببدنك لتكون لمن خلفك ءاية}

5)Al Maudu'
Qiraat yang diriwayatkan kepada periwayatnya tanpa ada asas.

6)As Shabih Bil Mudraj
Qiraat yang ditambah kerana menafsirkan ayat seperti Qiraat Saad Ibn Abi Waqqas
{وله أخ أو أخت من أم }
posted by ibnurashid @ 9:34 PM   0 comments
Takhassus Qiraat
PENGENALAN ASAS ILMU QIRAAT


KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

1. Hadis daripada Sayyidina Uthman bin Affan r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda:

خيركم من تعلم القرءان وعلمه.

( Hadis riwayat Bukhori, Abu Daud dan Tirmizi )


2. Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud, sesungguhnya Nabi saw bersabda:

من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول الم حرف ولكن الف حرف ولام حرف وميم حرف.
( Hadis riwayat Tirmizi )


3. Hadis daripada Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Nabi saw bersabda:

من شغله القرءان وذكري عن مسألتي، أعطيته افضل ما أعطي السائلين، وفضل كلام الله تعالى على سائرالكلام كفضل الله على خلقه
( Hadis riwayat Tirmizi )



4. Hadis daripada Anas bin Malik r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda:

إن لله أهلين من الناس، قالو من هم يا رسول الله، قال أهل القرءان هم أهل الله وخاصته
(hadis riwayat An Nasai’)



5. Hadis daripada Mu’az bin Anas, sesungguhnya Nabi saw bersabda:

من قرأ القرءان وعمل بما فيه ألبس الله والديه تاجا يوم القيامة ضوءه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما ظنكم بالذي عمل بهذا
(hadis riwayat Abu Daud)


KITAB-KITAB ASAS QIRAAT

1. Matan Asy Syatibi
Matan ini dikarang oleh Imam Al Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Imam Asy Syatibi.. Berasal dari Andalusia, Sepanyol. Wafat pada tahun 590 hijrah. Beliau menjadikan kitab tahbir at-taisir sebagai sumber karangan beliau.

2. Matan Al Jazari
Matan ini dikarang oleh Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf atau lebih dikenali sebagai Imam Al Jazari. Dilahirkan pada tahun 751 hijrah dan wafat pada tahun 833 hijrah. Berasal dari Damsyiq. Antara kitab-kitab yang menjadi sumber dalam menulis matan beliau ini ialah kitab taisir, kitab nasyrul Asyri dan kitab toyyibah.


SYARAT DITERIMA SEBAGAI QIRAAT YANG SAHIH/RUKUN QIRAAT.

1. Mestilah qiraat itu tidak bercanggah dengan bahasa Arab.
2. Mestilah qiraat itu tidak bercanggah dengan resam uthmani.
3. Mestilah sanad qiraat itu mutawatir iaitu rawi yang meriwayatkan qiraat tersebut satu jamaah yang ramai dimana mustahil mereka itu berpakat dalam melakukan penipuan .


DALIL TURUNNYA AL-QURAN DENGAN 7 ‘AHRUF’.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya Nabi saw bersabda,

أقرأني جبريل عليه السلام على حرف واحد فراجعته، فلم أزل أستزيده ويزيدني حتى انتهى إلى سبعة احرف.
( Hadis riwayat Bukhori )


Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Syihab bahawa beliau diberitakan oleh Urwah bin Zubair bahawa Maswara bin Makhramah dan Abdul Rahman bin Abdul Qari mendengar Umar bin Khattab r.a berkata,

سمعت هشام بن حكيم يقرأ سورة الفرقان في حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فاستمعت لقراءته، فاذا هو يقرأ على حروف كثيرة لم يقرأني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فكدت اساوره فى الصلاة فتصبرت حتى سلم، فلببته بردائه فقلت من اقرأك هذه السورة التى سمعتك تقرأ قال
اقرأني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت كذبت، فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أقرأنيها على غير ما قرأت، فانطلقت به أقود إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت سمعت هذا يقرأ سورة الفرقان على حروف لم تقرأنيها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعمر ارسله، فأرسله عمر، فقال لهشام اقرأ يا هشام، فقرأ عليه القراءة التى سمعته يقرأ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم كذلك أنزلت،.ثم قال اقرأ يا عمر فقرأت القرأة التى أقرأني، فقال كذلك أنزلت، ان هذا القرءان أنزل على سبعة أحرف فاقرأوا ما تيسر منه
( hadis riwayat Bukhori )
MAKSUD 7 ‘AHRUF’.

Tidak ada hadis secara jelas yang menceritakan tentang apakah yang dimaksudkan dengan 7 ahruf. Namun ulamak samada yang salaf mahupun yang khalaf secara sepakat menyatakan bahawa tidak boleh seseorang itu menafsirkan bahawa 7 ahruf itu adalah 7 qura’ yang masyhur kerana 7 qura’ yang masyhur ini tidak pernah wujud pun pada zaman Rasulullah saw .

التكليف بما لا يطاق محال

Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Abbas berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan 7 ahruf ialah :

أن القرءان نزل بلغة كل حي من إحياء العرب


QIRAAT SAB’AH DAN QIRAAT ‘ASYARAH

Qiraat 7 (sab’ah) mahupun qiraat 10 (‘asyarah), ianya tetap tidak lari daripada 7 ahruf sebagaimana ia diturunkan. Kesemuanya mutawatir daripada Rasulullah SAW. Ini bermakna, Rasulullah SAW membaca dengan kesemua qiraat ini. Qiraat 7 dikupas dan dijelaskan oleh Imam al-Syatibi. Imam al-Jazari pula mengupas dan menyusunnya sehingga 10 qiraat. Tetapi, ini tidaklah bermakna Imam al-Jazari telah melakukan penambahan kepada ilmu ini sehingga menjadi 10. Tetapi berkemungkinan, Imam as-Syatibi pada zamannya hanya sempat mengumpul dan menyusunnya sehingga 7 sahaja. Setelah itu, pengumpulan dan pengkajian diteruskan oleh Imam al-Jazari sehingga lengkap menjadi 10 qiraat.

Kesemua 10 qiraat Imam al-Jazari dikenali dengan al-Qiraat al-‘Asyarah al-Kubro. Tetapi jika 7 qiraat Imam al-Syatibi digabungkan dengan 3 lagi qiraat Imam al-Jazari maka ia dikenali dengan al-Qiraat al-‘Asyarah al-Soughro.


PENGENALAN RINGKAS 10 IMAM QIRAAT

1. Imam Nafi’
Namanya Abu Ruaim Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim Al Laithi. Berasal dari Asfahan. Merupakan imam Darul Hijrah. Wafat pada 169 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Qalun dan Warsh.

2. Imam Ibnu Kathir
Namanya Abdullah bin Kathir Al makki. Merupakan imam ahli Mekah. Dilahirkan pada 45 hijrah dan wafat pada 120 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Bazzi dan Qunbul.

3. Imam Abu Amru
Namanya Zaban bin Ala’ bin Ammar bin ‘Uryan Al Maazini Al Tamimi Al Basri. Dilahirkan di Mekah pada tahun 68 hijrah dan wafat pada 154 hijrah di Kufah. Rawinya yang terkenal iaitu Duri dan Susi.

4. Imam Ibnu Amir Asy Syami
Namanya Abdullah bin Amir Asy Syami Al Yahsobi. Merupakan qadhi di Damsyiq ketika Khilafah Al Walid bin Abdul Malik. Diberi gelaran Aba Amru. Beliau adalah seorang tabiin. Dilahirkan pada 8 hijrah dan wafat pada 118 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Hisyam dan Ibn Zakwan.

5. Imam Asim
Namanya Asim bin Abi An Najud Al Asadi. Digelar sebagai Aba Bakar. Merupakan seorang tabiin dan beliau adalah seorang ketua qura’ di Kufah. Terkenal sebagai seorang yang mempunyai suara yang paling lunak.Wafat pada 127 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Syu’bah dan Hafs.

6. Imam Hamzah
Namanya Hamzah bin Habib bin Ammarah Az Zayyat. Digelar Aba Ammarah. Dilahirkan pada tahun 80 hijrah. Beliau adalah seorang peniaga, seorang ahli ibadah dan seorang yang wara’.Wafat pada 156 hijrah pada zaman khilafah Abi Ja’far Al Mansur. Rawinya yang terkenal iaitu Kholaf dan Kholad.

7. Imam Kisai’
Namanya Ali bin Hamzah An Nahwi. Digelar sebagai Aba Hasan. Diberi kunyah sebagai kisai’ kerana beliau dibesarkan di satu tempat bernm kusa’. Wafat pada 198 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Abu Haris dn Duri.

8. Imam Abu Jaafar
Namanya Yazid bin Qa’qa’ Al Makhzumi Al Madani. Diberi kuniah sebagai Abu Jafaar. Beliau adalah seorang tabiin.Wafat pada 130 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Ibn Jammaz dan Ibn Wirdan.
9. Imam Ya’aqub
Namanya Yaaqub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq Al Hadhrami Al Basri. Kuniahnya Abu Muhammad.Wafat pada tahun 205 hijrah ketika berumur 88 tahun. Rawinya yang terkenal iaitu Ruais dan Rauh.

10. Imam Kholaf Al Asyir.
Namanya Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Kholaf Al Asadi Al Baghdadi Al Bazzar. Digelar sebagai Abu Muhammad. Dilahirkan pada tahun 150 hijrah dan wafat pada bulan jamadil akhir tahun 229 hijrah di Baghdad. Rawinya yang terkenal iaitu Ishaq dan Idris.



IMAM NAFI’

Nama : Nafi’ bin Abd Rahman bin Abu Na’im.
Kuniah : Abu Ruwaim, Abu Al-Hasan, Abu Abd Rahman.
Lahir pada : tahun 70 hijrah
Wafat pada : tahun 169 hijrah ketika berusia 99 tahun.
Asal : Asbahan.
Ciri-ciri : berkulit gelap, tampan, baik rupa paras, mesra dengan org ramai.

Bertalaqqi dengan lebih dari 70 orang guru dari kalangan tabi’in. Antaranya:

نافع


أبو جعفر


عبد الله ابن عباس و أبو هريرة


أبي بن كعب و زيد بن ثابت


رسول الله صلى الله عليه وسلم

Keistimewaan-keistimewaan lain :

1) Solat di masjid Rasulullah lebih 60 tahun dan menjadi imam di situ.
2) Mengajar al-Quran dan al-Qiraat selama lebih 70 tahun.
3) Apabila bercakap pasti akan terhidu bau kasturi walaupun beliau tidak pernah memakai sebarang haruman/wangian.
4) Bertalaqqi dengan Rasulullah dalam mimpinya.
5) Mempunyai anak murid yang tidak terkira ramainya. Antara yang bertalaqqi dengannya adalah Imam Malik bin Anas dan al-Laith bin Saad.
6) Perawinya yang termasyhur adalah Isa bin Mina bin Wardan (Qalun) dan Uthman bin Sa’id bin Abdullah (Warsy).
7) Berikut adalah beberapa manhaj asas untuk Qiraat Imam Nafi’ :

قالون
ورش
قصر المد المنفصل مع التوسط والإشباع
إشباع المدين
ضم ميم الجمع بعده متحرك مع الصلة
ضم ميم الجمع بعده همزة القطع مع الصلة
فتح الاءات الإضافة بعدها همزة المتحركة
تغليظ اللام بعده الصاد والطاء المتحركتين
.

AL-FATIHAH DENGAN 10 QIRAAT

ملك - Nafi’, Ibn Kathir, Abu Amru, Ibn Amir, Hamzah, Abu Jaafar.

مالك – Asim, Kisai’, Yaaqub, Kholaf 10.

الصراط ، صراط – Nafi’, Ibn kathir bil khilaf oleh Qunbul, Abu amru, Ibn Amir, Asim, Kisai’, Abu Jaafar, Rauh ‘an Yaaqub, Kholaf 10.

السراط ، سراط – Qunbul ‘an Ibn Kathir wajah ke 2, Ruais ‘an Yaaqub

الزراط، زراط - Kholaf ‘an Hamzah.
الزراط، صراط – Kholad ‘an Hamzah

عليهم - Nafi’ bil khilaf oleh Qalun, Abu Amru, Ibn Amir, Asim, Kisai’, Kholaf 10.

عليهم – Hamzah, Yaaqub

عليهموا- Qalun ‘an Nafi’ wajah ke 2, Ibn Kathir, Abu Jaafar.


ADAB-ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Sukalah untuk saya selitkan di sini beberapa tips yang mungkin dapat membantu para pembaca untuk menghafaz al-Quran. Sesungguhnya al-Quran bukanlah sepertimana buku-buku biasa yang kita baca setiap hari. Namun ia adalah sebuah kitab agung yang terkandung di dalamnya kalam-kalam suci Allah. Kerana itu, menyentuhnya bukan seperti menyentuh kitab-kitab lain dan membacanya bukan seperti membaca kitab-kitab lain. Ada adab-adab yang perlu dijaga bagi menunjukkan kehormatan dan kesuciannya.

1) Berwudhu’
2) Menutup aurat
3) Menghadap kiblat
4) Ikhlaskan niat kerana Allah.
5) Mulakan dengan isti’azah dan basmalah.
6) Baca dengan tenang sambil mentadabbur ayat-ayatnya.
7) Elakkan daripada bercakap-cakap perkara lain ketika masih belum menamatkan bacaan.
8) Jika menggunakan mashaf; kecil mahupun besar, pastikan ianya diletakkan lebih tinggi daripada kaki. Sebaiknya peganglah dengan tangan kanan.

Berikut dijelaskan pula beberapa tips mudah untuk menghafaz al-Quran:

1) Ikhlaskan niat kerana Allah SWT.
2) Berwudhuk dan menghadap kiblat.
3) Mulakan dengan doa menghafaz :

اللهم نوربكتابك بصري واشرح به صدري واستعمل به بدني واطلق به لساني وقو به عزمي واسرع به فهمي وقو به جناني بحولك وقوتك فإنه لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم

4) Tetapkan sasaran bilangan ayat yang ingin dihafaz pada hari tersebut.
5) Baca kesemua ayat yang ingin dihafaz pada hari tersebut sekali lalu.
6) Baca ayat yang pertama dengan melihat mashaf sebanyak 40 kali.
7) Beralih ke ayat yang kedua dengan menggunakan kaedah yang sama.
8) Ulang ayat pertama dan kedua sebanyak 5 kali.
9) Beralih ke ayat yang ketiga dengan membacanya sebanyak 40 kali.
10) Ulang ayat pertama, kedua dan ketiga sebanyak 5 kali.
11) Beralih ke ayat yang keempat dan gunakan kaedah yang sama sehingga selesai.
12) Akhiri dengan doa penutup:

اللهم إني أستودعك ما علمتني فاردده إلي وقت حاجتي إليه فلا تنسنيه , وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم
13) Jauhkan perkara-perkara yang boleh merosakkan hafazan.



PENUTUP

Ilmu Qiraat ini tidak mungkin dapat kita dalami dalam masa yang singkat. Hanya pembelajaran yang tekun dan berterusan sahaja memungkinkan kita menguasainya. Qiraat tidak cukup dengan mengenali dan mempelajarinya secara teori semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu perlu ada satu latihan praktikal yang intensif bagi memastikan ketepatan dan keberkesanannya.

Tidak semua dapat dijelaskan di sini. Apapun saya mengharapkan semoga kertas kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu sahabat-sahabat mengenali al-Quran dan al-Qiraat walaupun ianya terlalu ringkas dan penuh dengan kekurangan. Apapun, semoga ianya menjadi titik tolak untuk pada sahabat lebih mendekati dan mendalami ilmu yang sangat penting ini. Sebarang teguran dan komen terhadap apa jua kesilapan amatlah saya harapkan.
Wallahu ‘alam.



posted by ibnurashid @ 9:17 PM   1 comments
Ulama Mesti Bangkit
Wednesday, May 24, 2006
Lewat persidangan "Ulama membantu rakyat Palestin" yang diadakan di Doha, Qatar tempohari, Dr Yusuf al-Qaradawi telah membuat beberapa tuntutan kepada ulama di seluruh dunia. Beliau yang juga merupakan presiden Perhimpunan Ulama Muslimin Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars (IUMS) telah menyeru untuk para ulama memainkan peranan mereka. Beliau menempelak sikap para ulama yang hanya menghadkan diri mereka kepada persoalan fikah semata-mata. Menurut beliau, ulama mempunyai peranan yang besar untuk menggerakkan masyarakat berhubung isu-isu umat. Cadangan dan gesaan beliau ini telah disokong dan diperkemaskan lagi oleh para ulama yang bersidang pada persidangan tersebut yang telah berlangsung pada 10 Mei yang lalu.Persidangan itu telah dihadiri oleh para ulama terkemuka dari seluruh dunia seperti Syeikh Salman al-Awdah dari Saudi, Syeikh al-Harith al-Dhari dari Iraq dan lain-lain lagi. Mereka telah meluluskan beberapa resolusi, antaranya ialah untuk menggembeleng para ulama di seluruh dunia untuk membawa isu Palestin ini sehingga ke akar umbi di negara muslim di seluruh dunia. Mereka juga bersepakat untuk menggembeleng tenaga mengerahkan umat Islam untuk mengutip dana demi membantu rakyat Palestin. Mereka juga menggesa bank-bank di negara Arab untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan tidak tunduk kepada tekanan AS. Mereka juga menyeru agar negara-negara Arab dan umat Islam memboikot mana-mana bank yang tidak mahu menyalurkan dana ke bumi Palestin. Mereka juga telah meluluskan fatwa yang mengharuskan mengeluarkan wang zakat untuk disalurkan kepada umat Islam di Palestin.Kesimpulannya, para ulama di seluruh dunia sekarang ini sedang aktif melancarkan kempen untuk membantu rakyat Palestin. Rakyat Palestin pada hari ini benar-benar hanya mengharapkan umat Islam agar bersama mereka untuk melalui fasa yang amat getir ini. Usaha jahat AS dan EU bersama rejim Zionis untuk menekan rakyat Palestin berterusan dijalankan. Kini, adalah menjadi tanggung jawab umat Islam di seluruh dunia untuk membantu saudara-mara mereka di Palestin. Adalah tidak wajar mereka berdiam diri sedangkan rakyat Palestin berterusan dihimpit ujian dan tekanan dari rejim Zionis. Kempen USD 1 seorang muslim sedang hebat berjalan di negara-negara umat Islam dan juga negara-negara Eropah oleh para muslimin di sana.
Mereka juga telah meluluskan fatwa yang mengharuskan mengeluarkan wang zakat untuk disalurkan kepada umat Islam di Palestin.
Bagaimana di Malaysia?Bagaimana pula para ulama di Malaysia?Mengapa tiada suara dari para mufti berkenaan isu ini?Mengapa tiada fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu ini?Mengapa tidak kedengaran suara persatuan-persatuan ulama dan guru-guru agama berhubung isu ini?Di manakah JAKIM di dalam isu ini?Ke manakah perginya jabatan-jabatan agama di dalam isu ini?Mengapa diam membisu seribu bahasa?Adakah para mufti-mufti kita masih pening memikirkan hukum Botox lagi?Adakah JAKIM masih sibuk dengan isu-isu remeh seperti Wahabi dan sosej babi yang halal?Adakah jabatan-jabatan agama sudah cukup berpuas hati dengan kerja menangkap basah sahaja?Bagaimana pula para ustaz-ustazah?, imam-imam?, khatib-khatib Jumaat?, para ulama?, pakar-pakar agama?Adakah mereka tergamak meninggalkan saudara mereka di Palestin berterusan ditekan dan dicekik oleh pihak Zionis, AS dan EU?Di bawah ini disertakan saranan dan cadangan untuk para ulama dan agamawan di Malaysia untuk melakukan sesuatu untuk umat Islam di Palestin.a) Bagi Majlis Fatwa Kebangsaan, mereka adalah sumber fatwa rakyat malaysia yang paling mempunyai autoriti. Adalah menjadi tanggung jawab mereka di saat yang getir ini untuk mengeluarkan fatwa berkaitan isu Palestin. Cukuplah dengan mereka mengeluarkan fatwa "WAJIB bagi rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin, walaupun RM1 seorang" ataupun fatwa "Harus mengeluarkan zakat untuk membantu rakyat Palestin di waktu ini".
Jikalaulah, para ulama sedunia boleh bersidang dan meluluskan fatwa WAJIB membantu rakyat Palestin di saat ini, mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan kita hanya diam membisu ?
Jikalaulah, para ulama sedunia boleh bersidang dan meluluskan fatwa WAJIB membantu rakyat Palestin di saat ini, mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan kita hanya diam membisu. Adakah isu Palestin ini tiada kaitan dengan ruang lingkup kerja mereka?, atau juga mungkin mereka tidak tahu apa yang berlaku kini di Palestin? Kita sama-sama nantikan apakah langkah yang akan mereka ambil.b) Para mufti di seluruh Malaysia juga mempunyai peranan di negeri masing-masing. Mereka berperanan untuk memacu isu ini di negeri masing-masing. Mereka juga diharapkan dapat mengeluarkan fatwa untuk rakyat di negeri masing-masing berhubung kewajipan membantu rakyat Palestin. Mereka juga berperanan untuk melancarkan kempen RM1 seorang muslim di negeri masing-masing. Jika perlu, libatkan Sultan dan Menteri-menteri besar untuk turut serta.c) Jabatan-jabatan agama juga mempunyai peranan yang amat besar. Dengan jentera yang mereka ada, mereka boleh berperanan melancarkan program-program kesedaran dan melancarkan kutipan-kutipan derma untuk tabung Palestin. Penceramah-penceramah mereka juga boleh memainkan peranan menjadi agen menyebar luaskan kesedaran terhadap isu Palestin ini kepada masyarakat dan golongan akar umbi.d) Para imam dan masjid-masjid juga tidak ketinggalan mempunyai peranan yang besar dalam hal ini. Khutbah-khutbah Jumaat, ceramah-ceramah, notis-notis, poster dan lain-lain usaha boleh digembelengkan melalui para imam dan masjid. Khutbah-khutbah Jumaat yang lesu boleh diserikan dengan isu umat yang mutakhir ini. Ceramah-ceramah Israk Mikraj nanti juga merupakan medan yang sesuai untuk dijadikan medan menyemarakkan isu ini.e) Guru-guru agama juga mempunyai peranan mereka untuk menyuburkan isu ini di kalangan anak-anak murid mereka. Janganlah dikongkong kefahaman anak-anak murid tentang Islam hanya pada perkara-perkara berkaitan ibadat sahaja. Masyarakat perlu didedahkan kepada isu umat yang lebih global.Para ulama dan agamawan di Malaysia sekelian,Semoga apa yang anda lakukan nanti akan menjadi alasan untuk Allah memberikan syurga sebagai ganjarannya di akhirat nanti....Dan ianya juga akan menjadi jawapan jika anda ditanyakan oleh Allah kelak, apakah yang telah anda lakukan untuk membantu umat Islam di Palestin dan juga untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa!"
posted by ibnurashid @ 8:16 PM   0 comments
Pesanan untuk Pemikir
10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

OLEH ITU GUNAKANLAH AKAL UNTUK BERFIKIR....
MANA BAIK MANA TAK BAIK..
posted by ibnurashid @ 7:50 PM   0 comments
semoga berjaya
Tuesday, May 23, 2006
Assalamualaikum.....
Buat tatapan semua sahabat seperjuangan....alhamdulillah hari ni 10/5/2006 hari akhir bagi pelajar tahun 1 dan 2 berjuang dalam medan imtihan...alhamdulillah setelah bertukus-lumus selama berbulan2 menyiapkan diri untuk menghamburkan peluru-peluru hikmah yang disemat didalam kotak hafalan semuanya telah terpatri didada2 kertas jawapan....bermula dari 15/4/2006 iaitu syafawi semuanya berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap persoalan yang ditanya mampu dihuraikan....setelah itu....medan bagi ujian tahriri bermula pada 2/5/2006 .... hari pertama pergi ke maahad untuk mengambil imtihan bagi madah qiraat tahriri dan berakhir dengan madah fawasil pada 10/5/2006.....dapat kulihat wajah-wajah murni sahabat seperjuangan yang penuh ceria dengan kelengkapan dalam dada dengan matan2 qiraat dan pelbagai ilmu quran yang berbelit lidah untuk menghafalnya....terpancar keyakinan dan rasa tak sabar pada diri mereka untuk meluahkan apa yang terpendam.....tetapi saat imtihan bermula masing2 tunduk khusu' mencatit setiap bait2 matan yang penuh dengan makna yang perlu difahami bagi menghuraikan pelbagai jenis khilaf bacaan para imam qura'. matan fawasil yang membicarakan tentang khilaf para ulama adad dalam bilangan ayat di dalam al-quran dan pelbagai lagi. alhamdulillah sehingga akhir imtihan dapatku rasakan semuanya mampu menjawab dengan tenang walaupun terpaksa melayan kerenah mumtahin yang pelbagai.....antaranya buat bising....merokok....suka bersembang dan lain lagi.apa pun semua itu perkara biasa bagi para pelajar di maahad qiraat shoubra...setelah puas dan masa imtihan tamat....kulihat wajah-wajah ceria bertukar berkerut,senyum dan termanggu..serta pelbagai keluhan dapat di dengari dari sahabat2 ku apabila keluar dari kelas imtihan... "...pehhh soalan payah betul...", laaa ana dah hafal semalam tapi masuk dewan habis lupa...", "....alhamdulillah dapat juga ana jawab dengan tamam...tu pun sebab mamber sebelah yang bagi...", "alhamdulillah dapat ana jawab dengan tenang....setakat daya usaha ana selama ini..." begitulah kata-kata yang dapat ku dengari dan disana timbul pelbagai persoalan dalam diri....antaranya.....1) betul ke soalan payah.....? atau memang tak hafal maka memang laa payah nak jawab....2) kenapa jadi macam tuuu...memang dah hafal betul2 ke atau malam imtihan baru nak menghafal....?3) kenapa ada sahabatku yang mampu bergembira sedangkan itu bukan dari usahanya?4) adakah aku termasuk di dalam orang2 yang telah berusaha sedaya mungkin dan bertawakkal pada Allah...?begitulah rutin dan ragam sahabat-sahabatku yang pelbagai....rupa,perangai dan perwatakan..apa pun....kini kita semua bagi tahun 1 dan 2 dan habis imtihan....semoga kita semua peroleh kejayaan disisi manusia dan disisi Allah...ana mendoakan agar kita semua terus istiqomah dalam mencari dan mendalami ilmu-ilmu quran yang sangat luas.... SEMOGA KITA BERJAYA DUNIA AKHIRAT.....AMAL LILLAH WA NARDHOTILLAH....
posted by ibnurashid @ 2:08 AM   0 comments
Apabila............
Renungkanlah......
wahai insan yang beriman dan berakal....
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabilamasyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negaramenjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadihormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabilatempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mulamengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadijahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak matilambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerlaminyak gamat.Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dansahabat handai kita agar masyarakatkita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segiduniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar
posted by ibnurashid @ 1:38 AM   0 comments
SALAM JUANG
Sunday, May 21, 2006
Assalamualaikum.....
buat semua sahabat seperjuangan yang terus istiqomah dalam memastikan gerak kerja islam perlu dilakukan bagi memastikan islam akan dapat kembali berada ditempat yang tertinggi. semoga setiap langkah dan sumbangan yang kita berikan akan membawa kemenangan pada Islam....Takbir Allahu...Akbar.....!!!!
Buat semua sahabat seperjuanganku... dibumi anbiya' khususnya dimuhafazah Shoubra...semoga kita semua terus berusaha dengan sedaya mungkin untuk menggapai cita2 dan azam yang kita semai selama ini....ingat harapan menggunung menanti kita...... lupakan kisah lalu jadilah orang baru....jika kita sebelum ini sering lalai dan layu....kesedaran...keinsafan...keazzaman...kekuatan....perlu ada dalams setiap diri kita.ingatlaahhhh....tugas dan amanah terpikul atas bahu kita cukup2 besar dan berat....lupa matan mungkin laa tak ralat sangat tapi lupa quran...masya Allah besar dosa tu....tapi kita yang beriman dengan qada' dan qadar Allah kena ingat....langkah kehadapan tak mungkin diundur.... kini kita semua bergelar HUFFAZ...HAMLATUL QURAN....AT-TADAIYYUN....tugas kita bukan hafal quran je....kena fahami.....kena tadabbur....kena amal dan ajarkan kepada orang lain.....
bukan tu je kita juga kena kedepan jadi pimpinan.....ikut lapisan laaa...sedih juga sebab diri ana pun jauh sangat rasanya untuk jadi yang terbaik...lagi sedih kalau orang hafal quran pulak buat masalah....lagi sedih kalau orang hafal quran tak nak sokong islamtapi kita masih ada masa untuk berubah dan membina semula kekuatan diri....fikirkan laaahhh semoga kita tak menyesal kemudian hari...
ok laa...sekarang ni pulak fatrah kita berperang.....(imtihan) walaupun sikit je tapi ingat ia wasilah pertama kita.....mampukan kita realisasikan ilmu yang kita ada...kalau setakat soalan imtihan yang tiga soalan tak boleh jawab .....nampaknya soalan masyarakat yang menanti kita lagi sukar dan ternganga laaa untuk kita jawab.....satu je pesanan khusus untuk diri ini...dan semua sahabat... time pekse ni kita mudah jadi abid...time pekse ni kita tak miss solat kat masjid...
time pekse ni kita jaga semua gerak laku kita..tapi jangan jadi insan yang suka hidup macam sesumpah....(hipokrit) habis imtihan je tu dia....melompat sampai sutuh....tak ingat dah dunia...satu lagi pesanan don't copy2 time exam....buat je laa sendiri...tak ingat takpe tapi meniru dosa...jangan risau maahad ni best sebab ada 4 kali percubaan kalau gagal...kalau tak pas jugak terjun laut laaa yerrrr...
buat abg2 senior tahun (tiga laaa) tu...persiapan dan kelengkapan diri mesti terus ditingkatkan yang nak balik malaysia pikir masak2 ilmu kita cukup tak...ana yakin antum semua memang hebat...ingat tenaga kalian sangat diperlukan oleh semua lapisan masyrakat...tapi sebelum balik tu...prepare laa habis2 yer nak imtihan syahadah tu boleh tahan jugak....semoga semuanya najah dengan imtiyaz.....
tapi sambil2 tu prepare laa untuk bawak balik sama.... Best takkk kalau orang puji kita hebat.....quran masyi....ilmu lain pun power....tapi akhlak buruk pulak......tapi sedih tak kalau orang kutuk kita sebab kantoi pekse.....quran tak masyi....malas pulak tuuuu....fahami laaa dua keadaan ini...

sahabat-sahabatku...

NAK KE TAK NAK kita kena jadi yang terbaik sebab kita ahlul quran....NAK KE TAK NAK kita kena ubah diri untuk lebih bersemangat dalam cari ilmu...NAK KE TAK NAK kita kena bersedia untuk siapkan diri terjun ke dalam masyarakat...NAK KE TAK NAK kita mesti kena NAK..... SELAMAT MENEMPUHI IMTIHAN DENGAN PENUH KETAQWAAN
posted by ibnurashid @ 6:13 PM   0 comments
Siri Teladan 10
JADILAH ORANG YANG BERSJYUKUR DAN MNEGINGATI ORANG LAIN YANG LEBIH SUSAH

Semoga kita tahu mensyukuri nikmat hidup yang dimiliki saat ini... jangan rasa diri kita yang paling susah tapi masih ramai saudara kita yang susah dalam mengecapi hidup ini...... jadilah hamba yang bersyukur Fotografernya : Kevin Charter bunuh diri akibat depresi 3 bulan setelah mengambil foto - foto dibawah ini.







Satu lagi "bukti" yang memperkuat alasan, Kenapa kita sepatutnya mensyukuri makanan dan minuman yang masih dengan mudah kita dapatkan...Sementara itu , i ronisnya, bukankah dengan mudahnya kita masih saja sering menyia-nyiakan (membuang) makanan/minuman yang kita anggap lebih? I feel very GRATEFUL for what I have today... We are so lucky! contemplate on this...He who labors diligently need never despair; for all things are accomplished by diligence and labor. "I felt very fortunate to live in this part of the world. I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I promise not to waste water. I pray that this little boy be alleviated from his suffering. I pray that we will be more sensitive towards the suffering in the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us about how fortunate we are and that we must never ever take things for granted. Think & look at this...when you complain about your food and the food we waste daily..." MAY ALL BEINGS BE FREE FROM SUFFERING!!!! Please don't break this and keep on forwarding it to all our friends. On this good day, let's make a prayer for the suffering in any place around the globe and send this friendly reminder to others.
posted by ibnurashid @ 6:05 PM   0 comments
Siri Teladan 09
RAHSIA ZIKIR…

Dalam surah al-Ahzab : 35, Allah menceritakan tentang golongan yg mendapat ganjaran yg istimewa drpd Allah s.w.t. Antaranya ialah “ Golongan lelaki dan wanita yg banyak berzikir kpd Allah, Allah janjikan bg mereka keampunan serta ganjaran yg besar ”.

Zikir bukan sahaja didefinisikan sebagai tasbih,tahmid, takbir, selawat mahupun menyebut nama2 Allah malahan ia membawa pengaplikasian yg luas merangkumi Ibadah solat, membaca al-Quran dan seumpanya yg dapat menguatkn dan mendamaikn hati sekaligus dpt membantu individu ke arah kejayaan dan kesempurnaan hidup.
Kadar zikir yg paling minimum ialah melaksanakan solat dengan penuh khusyuk dan rendah hati.
Berhubung dgn ini, Imam Atha berkata : “ Sesiapa yg melaksanakan solat yg lima dgn melaksanakan hak-haknya, dia tergolong dlm golongan lelaki dan perempuan yg banyak berzikir kpd Allah.
Nabi menggelar golongan yg banyak berzikir kpd Allah sebagai al-Mufarridun. Mengikut Imam Muslim, Nabi bersabda : “ Golongan al-Mufarridun akan mendahului”. Sahabat2 bertanya, “ Siapakah mereka yg mufarridun itu ya Rasullullah?”. “ Bersabda Nabi s.a.w : “ Lelaki dan perempuan yg banyak berzikir kpd Allah s.w.t “.

Zikrullah yg terbaik ialah yg dilakukan dgn hati dan lidah. Namun jika hendak dipilih di antara kedua-duanya, zikir dgn hati adalah pilihan ygg lebih baik.

Zikir mendamaikan Jiwa

Zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Sehubungan dengan ini dalam surah al-Rad:28, Allah s.w.t berfirman : “ Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah hati akan menjadi tenang”.
Pada suatu ketika, seorang lelaki mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud dan berkata : “ Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yg dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang”.
Abdullah ibn Masud menjawab : “ Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama ke tempat orang membaca al_quran tidak kira samada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain.
Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkn kamu kpd Allah, dan Ketiga, kamu mencari satu waktu yg sunyi contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kpd Allah serta memohon kpd-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.
Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrang ini bukannya hatimu”.

Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wudhu’ dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran didapati jiwanya berubah menjadi tenang , fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yg selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Zikir dan sains
Kajian2 sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kpd kesihatan manusia. Pada tahun 1967, professor Herbet Benson dari Fakulti Perubatan Harvard mendapati mereka yg bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa.
Di samping itu jantung mereka berdenyut dengan kadar yg lebih rendah drpd biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dgn jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yg wujud apabila seseorang berada di saat yg amat menenangkan terutamanya ketika hamper terlena. Dr. Herbet Benson berpendapat meditasi mampu meredakan tekanan (stress) dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria.
Mengikut satu kajian yg diterbitkan dalam Jurnal Stroke pada tahun 2000, 60 orang rakyat Amareki berbangsa Negro yg menghidap penyakit artreoskeloris (pembuluh darah menebal disebabkan lemak) telah disuruh melakukan meditasi selama enam – sembilan bulan. Kajian mendapati lemak yg menyelimuti pembuluh darah menjadi nipis selepas selesai program meditasi itu.

Kajian yg melibatkan 90 orang pesakit kanser juga telah dilakukan. Mereka bermeditasi selama 7minggu. Kumpulan yg mengamalkan meditasi ini didapati kurang diserang masalah kesugulan, keresahan dan kemarahann berbanding kumpulan yg tidak bermeditasi.
Tambahan dari itu mereka yg bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada system penghadaman. Kajian ini diterbitkan dalam majalah Psychosomatic Medicine (2000)
Mengikut pengkaji2 dari Maharishi School of Management yg berpusat di Fairfield, Iowa, meditasi mengurangkan tekanan ataupun stress. Hal ini disebabkan oleh kadar hormone stress (Cortisol) amat rendah di kalangan mereka yg suka bermeditasi.
Zikir yg dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan seperti meditasi yg melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam zikir yg dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsure-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana zikir yg dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah.Kalimat- kalimat zikir yg disebutkan adalah berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Lebih dari itu mereka berzikir dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.

Justeru, perubahan positif yg dirasai oleh mereka yg bermeditasi tidak mustahil akan dirasai juga oleh mereka yg berzikir dengan khusyuk.

Kesimpulan
Ketika mentafsirkan ayat 152 (al-Baqarah) yg bermaksud : “ Zikirlah (untuk mengingati) Aku nescaya Aku ingat kepadamu”. Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim menukilkan pandangan Imam Hasan al-Basri yg berkata : “ (Maksud ayat ini ialah) “ Ingat Aku (Allah) dengan melaksanakan apa yg telah Aku wajibkan nescaya Aku ingat kepadamu dengan apa yg telah Aku janjikan kepadamu”.
Maka, zikir boleh dikiaskan seperti satu alat penggilap hati yg amat berkesan. Jika kita berzikir seolah-olah sedang menggilap hati dan diri kita sendiri menuju kecemerlangan. Bandingkan sekiranya ketika menggilap kereta setiap hari…???Pasti kereta itu akan sentiasa berkilat dan bersih !
Justeru, denyutkanlah hati dan lidah kita dengan zikrullah walaupun sekadar mengulang kalimat subhanallah disamping tidak mengabaikan ibadah2 wajib !

* Perbuatan yg sentiasa diulang-ulang selama 40 hari akan bertukar menjadi tabiat seterusnya akan bertukar menjadi amalan yg berterusan.....( Dr. Fadzilah Kamsah)


“ Aku hanya seorang Umat, kemuliaanku kerana Islam…semua ke syurga kecuali dia… ditakuti dialah diriku.... ”
posted by ibnurashid @ 6:04 PM   0 comments
Siri Teladan 08
JANGAN JADI ANAK DERHAKA

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka "Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. "Haaa? San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia?" kata Jaimi, kawan saya. "Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah" jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. "Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, "di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia? tapi belum boleh lagi". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula engganmemberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. "Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. "Maaak? kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. "Yalah, mak tau?tapi mak tak ada duit," balas ibunya. "RM 20 aja!" si gadis berkata." Tak ada," jawab ibunya." Emak memang kedekut!" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. "Bukan macam tu ta?" belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, "Ahhh? sudahlah emak! Saya tak mau dengar!" "Kalau emak ada du?" ibunya menyambung, tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya; "kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada!" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya; "Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu." Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat. Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas." Kenapa ni ayah?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. "Apa pasal," Si ayah bertanya. "Kaki Saida ni..tak boleh angkat!" balas si gadis yang kiancemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. "Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. "Ayah? kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik- beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. "Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni ayah?" kata si gadis sambil meratap. "Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. "Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. "Maafkan Saida emak, maafkan, Saida bersalah, Saida menyesal. Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. "Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja? kalau hujan macam mana ?" kata imam kepada bapa gadis berkenaan. "Habis anak saya ?" tanya si bapa. "Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. "Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. "Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. " Pssstt?Raie?Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. "Boleh aku tengok budak tu?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. "Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiridan kanan khuatir ada orang yang tahu. "Sekejap aja. Bolehlah?" saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak? ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. "Emak lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. "Sudahlah tu Saida? makanlah sikit nak," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10-15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan, kedengaran lagi Saida menangis dan meratap, "Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf?" Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak- sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya. Allah Maha Agung. Sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat dikeluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka...
posted by ibnurashid @ 5:59 PM   0 comments
Siri Teladan 07
Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangansahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarahmenziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalahSha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik. “Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi(meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya salingkunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatuhari. “Betul begitu?” tanya Auf. “Betul.” jawab Sha’b. Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebihdahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’bdatang mengunjunginya. “Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf. “Benar.” jawab Sha’b. “Bagaimana keadaan dirimu?” “Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.” Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat adatanda hitam di situ. “Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf. “Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dariseseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutangtersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidaksatupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku,semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadapkucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga.Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yangmati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaranyang baik dan pengertian baginya.” Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabatitu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Diamenyedari bahawa semua yang dimimpikannya itumerupakan pelajaran dan peringatan baginya. Padasebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluargaSha’b. “Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengankedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilahsemestinya kita bersaudara. Mengapa anda datangsetelah Sha’b tidak ada di dunia?” Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untukmemberitahukan semua mimpinya malam tadi. KeluargaSha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinyaitu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dariwang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Aufagar dibayarkan kepada si Yahudi. Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskanhutang Sha’b. “Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?”tanya Auf. “Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W.Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluhdinar.” jawab si Yahudi. Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudiberkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengandinarku yang dipinjamnya dulu.” Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah danpesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.
posted by ibnurashid @ 5:29 PM   0 comments
Siri Teladan 06
Friday, May 19, 2006
Tazkirah : Iman Semut vs Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!Iman manusia pulak??Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
posted by ibnurashid @ 11:27 PM   0 comments
Siri Teladan 05
MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN

Manusia - Eh, dah subuh dah?Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih...
Manusia - Nak makan, laparlahMalaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar nih
Manusia - Hari ni nak pakai apa yerk?Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!
Manusia - Alamak, dah lewat!Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliahSyaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi...baru pukul 8.30am...
Manusia - Azan sudah kedengaran...Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralahSyaitan - Baru pukul berapa....
Manusia - Eh, eh....tak boleh tengok nih, berdosa...Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha MelihatSyaitan - Perggghh...best tu....
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosaMalaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang....
Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lainMalaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...
Manusia - Aku telah berdosa..Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telh berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun..Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan ituSyaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
p/s : Sama2lah kita CUBE amal...biar sikit tapi konsisten
posted by ibnurashid @ 11:21 PM   0 comments
Siri Teladan 04
Wasiat buat MUSLIMAH

Duhai muslimah…
Dengarlah keagungan kalimah al-Quran, Relakanlah ajaran Muhammad s.a.w. menyusup masuk ke lubuk hatimu, Keindahannya akan tersembunyi dalam fikiranmu, Akan bertambah seri diwajahmu, Umpama bunga mawar yang indah mekar, Meninggalkan pewanginya walau kelopaknya sudah layu. Duhai muslimah… Dalam usia remaja, apb mata-mata pria memandangmu tajam, Naluri wanitamu akan menyerlah maksud kerlingan mereka, Kawallah dirimu dgn melabuhkan jilbabmu, Hindari bisikan syaitan luar dan dalam diri, Moga tuhan bersamamu. Duhai muslimah… Simpan dan peliharalah dirimu, Jangan kau dedahkan pada yg bukan hak, Jangan kau biarkan kegebuan kulitmu menyentuh kebatilan, Jangan kau biarkan tubuhmu dijilat api syahwat luar sana, Jangan kau biarkan kemerduan suaramu membuai lenaan syaitan, Jadikanlah ketegasan dan kesopanan perisai diri. Duhai muslimah… Wanita beriman dan bertaqwa menjadi matlamatmu, Biasakan tanganmu mencari pekerjaan dirumah, Tidak suka merayau sia-sia dijalanan, Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupmu, Rumahmu menjadi taman keselamatan dan kegembiraan, Malammu bersujud mengadap tuhan Yang Maha Esa, Bangun pagimu awal bagi menyahut tugasmu, Kebajikan keluarga dan tuntutan ummah menjadi agenda umatmu. Duhai muslimah… Kupaparkan puisi ini sebagai suntikan semangat buatmu, Agar kita menjadi muslimah sejati, Yang menjadikan pandangan Allah lebih utama daripada pandangan manusia, Yang menjadikan solat dan sabar perisai kehidupan, Berbahagialah dirimu wahai muslimah, Jika kamu orang yang beriman. Sabarlah menahan keperitan dan kesusahan hidup, Semoga kita digolongkan dalam ummat yang bangkit bersama Rasulullah s.a.w. Amin….
posted by ibnurashid @ 11:17 PM   0 comments
Siri Teladan 03
Al-Quran dan Kita

Waktu engkau kanak2, kau laksana kawanku sejati>>Dengan wudu' aku disentuh dalam keadaan suci>>Aku dipegang, dijunjung, di atas rehal aku dipelajari>>Aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari.>>>>
Sekarang engkau dewasa...kau tak berminat lagi...>>Apakah aku...hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji ?>>Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan>>Atau....dibuat tangkal untuk menakutkan hantu syaitan>>>>
Aku tersingkir, dibiarkan kesendirian dalam kesepian>>Di atas almari, di dalam laci, aku dipendamkan.>>Dulu...pagi2...surah2ku engkau baca beberapa halaman>>Sekarang...sambil minum kopi...engkau baca Berita Harian>>>>
Masa lapang..engkau membaca sastera karangan manusia>>Sedangkan ayat2ku datang dari Tuhanmu Yang Maha Perkasa.>>Waktu malam engkau nongkrong di depan TV>>Menonton pertandingan bola dan lakonan TV Three>>>>
Di depan komputer berjam-jam engkau duduk>>Masa berlalu...aku menjadi buruk dalam gerobok>>Mengumpul debu diselaput abuk.>>>>Apakah suratkabar, TV, computer, dapat memberimu hikmat>>
Bila engkau di kubur kesendirian menunggu kiamat>>Engkau didatangi pemeriksaan oleh para malaikat>>Hanya dengan ayat2 Tuhanku engkau dapat terselamat.>>>>Sekarang engkau begitu leka membuang peluang...>>Setiap saat berlalu...kuranglah baki umurmu...dan kubur sentiasa menunggu>>
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu bila-bila waktu>>Apabila malaikat maut mengetuk pintu.>>>>Kalau aku dibaca selalu dan dihayati...>>Di kubur nanti....>>Aku datang sebagai pemuda tampan membantu engkau membela diri>>Peganglah aku lagi . .. bacalah aku setiap hari>>>>Kerana ayat2ku adalah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui>>Yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi.>>
Keluarkanlah aku dari almari...sentuhilah aku lagi...>>Jangan aku dibiarkan sendiri...."im so very lonely "!
posted by ibnurashid @ 11:14 PM   0 comments
Siri Teladan 02
Surat Fatima; [Wa Mu'atasima!]Posted on Friday, December 24 @ 04:11:11 MYTTopic:

IslamPada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahiddin mengambil tindakan.Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri.Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.Surat FatimaDengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." [Qur'an, Surat 112 "al-Ikhlas"]Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman.Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis:"Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku."Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq, tetapi tidak dipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata:"Kepada anjing Rome, saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintu-pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini."Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda.Renung & fikirkanlah!
posted by ibnurashid @ 11:08 PM   0 comments
Siri Teladan 01
SEBUTIR KURMA

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke masjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bahagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.Setelah itu ia berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia solat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya."Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang pertama."Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerAna 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat masjidil haram," jawab malaikat yang kedua.Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia tersentak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Sesampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak bertemu pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim."Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu."Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?"Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat."Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?"."Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatakan apa-apa kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.""Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap-cakap."Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain.""O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu...Semoga bermanfaat.
posted by ibnurashid @ 5:04 PM   0 comments
Buat Insan Tersayang
Assalamualaikum....Buat emak, abah dan semua saudaraku yang sangat disayangi dan dirinduisemoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. kehidupan yang sementara ini sangat memrlukan pengorabanan setiap diri kita untuk bermujahdah dalam emncari erti sebuah kehidupan yang hakiki dan mencari keredhaan Illahi yang sangat dirindui.terima kasih emak dan abah kerana membri kasih sayang yang tidak dapat dihitung banyaknya. terima kasih atas didikan yang telah dicurahkan untuk menjadikan diri ini insan yang benar-benar berguna dan bertaqwa.terima kasih saudara-saudaraku yang sangat memahami kerenah hati dan diri ini..... terima kasih kerana memberi dorongan dan sokongan untuk diri ini terus thabat dalam perjuangan yang sangat memerlukan kekuatan dan keikhlasan.Akhirnya sambutlah salam perindu malam serta doakan diri ini terus kuat untuk mencapai kejayaan yang dicari.
posted by ibnurashid @ 4:59 PM   0 comments
PEMBUKA BICARA.....
SALAM DARI RANTAUAN
ASSALAMUALAIKUM.....
SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA BERADA DALAM RAHMAT AN KASIH SAYANG aLLAH S.W.T SELALU
SEMOGA KITA SEMAKIN BERTAQWA KEPADA ALLAH DENGAN MELAKUKAN SEGALA PERINTAHNYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA....
SALAM DARI BUMI ANBIYA'
DOAKAN DIRI INI BERJAYA DUNIA AKHIRAT.
SELAMAT MELAYARI BLOG INI.....
SEMOGA ADA MANFAAT BUAT SEMUA....
posted by ibnurashid @ 3:47 PM   0 comments
Azharian's Topsite Ukhwah.com :: Top 

Blog BKPJM TOP BLOG
About Me

Name: ibnurashid
Home: Jerantut, Pahang, Malaysia
About Me: anak ke-5 dari 7orang adik beradik...dilahirkan dan dibesarkan pada tanggal 14 feb 1983 di felda sg.retang. mendapat pendidikan bermula dari TADIKA KEMAS, SKSR,SMABKT,MAAHAD SAS,DARUL QURAN JAKIM
See my complete profile
Previous Post
Archives
Islamik Info
Penggerak Ummah
Akhbar
Siasah Tanah Air
Sahabat Penggerak